"Pak Haji! Pak Haji!"
Tersedak air yang dihirup Pak Haji tatkala terdengar teriakan dari luar yang memanggilnya. Siapa pula yang datang tengahari buta ni? Terjerit-jerit seperti hal serius yang telah berlaku.
"Iya.. iya.. aku datang ni! Sabarlah! Sudahlah aku ini tua tapi aku belum pekak tahu, tak perlu jerit-jerit!". Perli Pak Haji.
Langkah tuanya diatur menjenguk ke luar tingkah bagi melihat gerangan siapa yang berada di luar. Tiba-tiba..
"Ya Allah! Apa kamu dah buat ni Razali? Sampai nak bunuh anak dara orang ni?"
Seperti lipas kudung Pak Haji menuruni anak tangga rumah kayunya itu sejurus terlihat Razali yang sedang mendukung seorang wanita yang dipenuhi dengan darah. Habis penuh baju yang dipakainya dibasahi warna merah darah.
"Bukan Pak Haji.. in.. ini.. saya terjumpa di ladang kelapa sawit tadi". Ujar Razali tergagap-gagap kerana ketakutan.
Almaklumlah, Razali ini memang terkenal di seluruh kampung dengan perangainya yang takut dengan darah. Tengok darah sikit je terus pengsan!
Ada satu kali itu sewaktu Razali kemalangan motor di jalan besar di hujung kampung, habis berdarah kakinya akibat terseret pada jalan tar hampir 10 meter. Berkali-berkali jugalah di pengsan kerana melihat kakinya sendiri yang penuh dengan darah.
Tergeleng-geleng kepala Pak Haji apabila memori tentang kemalangan Razali bulan lepas singgah di kotak fikirannya.
"Masuk! Masuk! Letak perempuan tu atas sofa ni". Arah Pak Haji.
Mak Hajah yang sedari tadi tidur kini terganggu dengan kecoh-kecoh dari ruang hadapan rumahnya. Siapa pula yang bising-bising ni? Kacau betullah aku hendak tidur!
"Aba.. Astaghfirullahaladzim!". Jerit Mak Hajah saat terlihat sekujur tubuh wanita yang penuh dengan darah.
"Kena awak ni Jah? Terkejut saya awak jerit begitu!". Ujar Pak Haji sambil mengusap-usap lembut dadanya yang kaget.
"Ni anak siapa ni? Kenapa berdarah-darah pula ni? Mana kau jumpa ni Razali? Kau bunuh dia ya? Kenapa?!!!!". Bertubu-tubi soalan dan andaian yang dilemparkan oleh Mak Hajah kepada Razali.
Tindak kebudak-budakan Mak Hajah mencuit hati Pak Haji dan Razali yang akhirnya terburai tawa kecil mereka. Bukannya apa, Mak Hajah memang tak habis-habis dengan perangai serkap jarangnya. Belum tahu pokok pangkalnya, sudah buat kesimpulannya sendiri.
"Cuba awak bertenang Mak Hajah oii.. pening kepala abang ni tahu tak dengar awak membebel".
Mak Hajah menjelingkan matanya setelah mendapat komen deep dari Pak Haji. Ish suami aku ni! Kalau tak suka pun janganlah cakap depan orang! Habis malu aku depan si Razali ni!
Terukir senyuman di bibir Razali sambil menggelengkan kepalanya melihat kerenah pasangan berusia Pak Haji dan Mak Hajah ini. Mereka memang suka bergurau mesra dan juga beramah bersama orang kampung. Itulah yang menjadi salah satu faktor Pak Haji dipilih menjadi ketua kampung di sini.
Sedang Razali dan Pak Haji mengangkat gadis yang cedera teruk tadi, tiba-tiba badannya bergerak.
"Abang! Abang! Jangan!". Teriak gadis itu.
Mereka yang kaget langsung membaringkan gadis itu diatas sofa di ruang tamu. Masing-masing mengambil jarak menjauhkan diri dari gadis tersebut bagi memberi ruang kepadanya untuk bertebang.
"Cik.. cik.. cik dengar saya?". Ucap Pak Haji di telinga gadis tersebut.
Namun, masih tiada balasan. Mak Hajah perlahan-lahan mengusap lembut ubun-ubun gadis itu. Kasihannya dia.. muda-muda lagi sudah ditimpa malapetaka sebegini rupa. Aku yang hampir 70 tahun hidup ini pun masih sihat walafiat kagi.
"Abang.. abang..". Rayu gadis itu perlahan. Berbeza dengan teriakannya tadi yang bear membuatkan semua kaget.
Pak Haji yang sedari tadi ke hulu ke hilir memikirkan masalah ini akhirnya mendapat jalan keluar.
"Saya rasa beginilah Mak Hajah dan Razali, kita bagi gadis ini berehat dahulu. Mana tahu malam nanti dia akan sedar ke? Betul tak?"
Cadangan Pak Haji disambut baik oleh mereka dengan anggukan. Razali pun mengambil keputusan untuk pulang sementara hari masih terang lagi. Risau pula nanti jika pulang waktu malam terserempak dengan 'tetamu tak diundang' pula di sisi-sisi jalan.
"Saya balik dululah ya.. Mak Hajah, Pak Haji" ucap Razali lalu mengatur langkah menuruni anak tangga menuju ke motorsikalnya.
Sementara menunggu gadis ini bangun dari pengsannya, sepasang suami isteri ini mengambil keputusan untuk menunaikan solat Asar. Manalah tahu, berkat solat yang dilakukan dapat membantu gadis itu untuk bangkit dari pengsannya?
_________________________________
"Assalamualaikunwarahmatullah"
Salam dipenghujung solat menandakan Pak Haji dan Mak Hajah sudah selesai menunaikan rukun Islam kedua itu.
"Abang! Abang!". Terdengar teriakan seorang gadis.
Seperti lipas kudung sepasang suami isteri itu berjalan menuju ke ruang tamu untuk menjenguk keadaan gadis malang itu.
Melihat saya wajah gadis itu, terukir senyuman kesyukuran di bibir mereka berdua. Mata gadis itu sudah celik. Bermakna dia sudah sedar dari pengsannya dan pasti mereka dapat pulangkannya ke rumah keluarganya secepat mungkin.
"Alhamdulillah.. bangun juga kamu ni ya.. cik nampak tak kami tak?". Lega Mak Hajah.
"Tak.. tak jelas sangat. Kabur..". Balasnya sambil terus memaksa diri memaksa matanya untuk fokus dengan lebih baik.
"Okey takpa.. cik tunggu di sini sekejap sebab Mak Hajah nak ke dapur ambilkan tuala basah"
Pernyataan Mak Hajah tadi hanya dibalas dengan anggukan kecil mungkin sendi-sendi di badannya kesakitan. Ditambah lagi dengan penglihatannya membuatnya semakin tidak selesa.
"Cik.. Pak Haji nak tanya sikit ni.. nama anak siapa ya?". Soal Pak Haji teragak-agak kerana takut tekanan dari soalan yang bertubi-tubi akan memburukkan lagi keadaan.
"Aah!! Sakit!". Teriak gadis itu sambil memegang kepalanya.
Rasa serba salah mula muncul pada Pak Haji. Apalah Pak Haji ini! Sudah tidak pasal-pasal gadis itu sakit kembali.
"Maaf terlambat pula.. mari sini nak, makcik lap badan awak ya".
Mak Hajah membantu gadis itu untuk bangkit dari pembaringannya lalu bersandar pada sofa usang mereka.
"Boleh makcik tahu bagaimana anak boleh sampai ke kampung ini". Soal Mak Hajah selamba sambil tangannya ligat mengelap badan gadis itu yang sudah penuhi luka akibat kemalangan tempoh hari.
Gadis itu terdiam. Pandangannya dilarikan pada sekeliling rumah, seperti sedang memikirkan tentang sesuatu.
"Saya.. saya kemalangan.. ada kereta langgar kereta saya.. saya datang dengan seorang lelaki. Tapi.. sa.. saya.. tak ingat nama lelaki itu. Aah! Saya tak ingat!". Sekali lagi gadis itu teriak kini ditambah lagi dengan hentakan kaki pada lantai kayu rumah dengan sepenuh hati.
"AAAAHHHH! Bodoh lah engkau ini! Kenapa itu pun tak boleh ingat!"
Habis kepalanya diketuk-ketuk dengan sepenuh hati. Jelas kelihatan perasaan gadis ini benar-benar terkesan apabila dia tidak dapat mengingati nama orang yang bersamanya sebelum mereka terlibat dengan kemalangan. Pasti insan itu individu yang teramat penting dalam hidupnya. Orang yang dia sayangi dan cinta. Mungkin.. insan itu suaminya?
_
YOU ARE READING
Coretan Takdir Kita
Genç KurguMencinta itu bukannya mudah. Melupakan cinta itu amat memeritkan. Kenapa engkau perlu hadir di saat aku sudah kikis memori kita yang dahulu? Kenapa kau perlu tanam semula bunga di taman yang lelah aku hancurkan dulu?