"Selamat sejahtera dan selamat malam. Berita TV11 melaporkan, sejam yang lepas telah berlaku kemalangan tragis antara dua buah kenderaan yang melibatkan dua mangsa iaitu Muhammad Syahir Danny, 21 dan Nur Aisyah Zulaikha, 18. Namun, kedua-keduanya masih belum dijumpai. Diharap keluarga mangsa dapat tampil ke mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan".
Kaku. Bingung. Kaget. Sungguh, itu perasaan yang kini membadai kotak minda Ummi dan Walid sejurus mendengar berita yang disampaikan oleh pembacanya sebentar tadi.
Keriangan dan keletah anak dan menantu kesayangan mereka yang mengusik hati tengahari tadi masih segar di ingatan. Kenapa? Kenapa perlu Tuhan berikan kami ujian seberat ini? Kenapa engkau datangkan ribut sesuai menganugerahkan kami pelangi?
"Abang.. anak kita..". Ucap Ummi teresak-esak yang tidak dapat menahan sebak.
Kedua belah tangan Walid dihentakkan pada tempurung kepalanya. Memaksa fikirannya mencari jalan penyelesaian bagi mencari kedua anak dan menantunya itu. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi mencari insan kesayangannya itu. Bukan hanya wang ringgit boleh diberi, malah nyawanya pun sanggup digadai.
"Saya pun dah tak tahu nak buat apa lagi ni. Ya Allah, mengapa seberat ini kau uji kami?". rintih sayu Walid.
Namun, Walid tiba-tiba mendapat buah fikiran bagaimana untuk mencari anak dan menantunya itu. Dengan pantas , telapak tangannya rakus meraba-raba poket seluar mencari telefon bimbit miliknya. Sejurus menjumpai, jari-jemarinya ligat menekan butang-butang pada skrin yang mendail nombor seseorang yang dipercayai dapat membantu dalam kes mereka ini.
"Hello Karim, datang rumah aku sekarang. Ada problem sikit". Arah Walid jelas lantas menamatkan panggilan.
Ummi yang dari tadi menangis teresak-esak mengenangkan nasib anak lelakinya dan isterinya itu yang kini hilang. Entah bagaimana keselamatan mereka agaknya. Adakah dimakan harimau ke? Diculik penjahat ke? Risaunya hati ini..
________________________________________
"Mah! Cepat ke mari!"
Hampir terlepas senduk yang berada di dalam genggaman Rahmah kerana terkejut dengan teriakan suaminya, Pak Mat.
"Ya Allah abang ni, terkejut saya! Kenapa terjerit-jerit macam orang mati anak ni?"
Tanpa sempat menjawab apa-apa, lengan Mak Mah ditarik ke arah kereta Proton Saga yang terletak di perkarangan rumah kampung mereka.
Daun pintu kereta dibuka. Terkedu Mak Mah melihat sekujur tubuh lelaki yang dipenuhi dengan darah pada seluruh tubuhnya. Habis koyak rabak baju yang masih tersarung di badannya.
"Abang, mana abang jumpa pemuda ni?". Soal Mak Mah yang masih dalam kekeliruan.
"Abang jumpa dia di hujung kebun getah kita, yang bersebelahan dengan jalan besar tu. Tapi itu semua tak penting, yang penting awak tolong saya angkat pemuda ni ke dalam".
"Baiklah. Jom!". Balas Mak Mah lantas memaut lengan pemuda tersebut pada bahunya.
Perlahan-lahan Mak Mah dan Pak Mat menapak mendaki tetangga rumah mereka di samping memapah pemuda yang cedara itu. Sesampainya di dalam rumah, lelaki itu dibaringkan di bilik tetamu.
Pak Mat termenung memandang lelaki muda itu, adakah dia sudah mati? Ataupun masih hidup? Sungguh dia bingung dengan kondisi ini tambahan lagi dengan jawatannya sebagai ketua kampung membuatkan Pak Mat rasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan lelak itu.
"Sekajap Mah.. bagi Abang call Dr. Karim dahulu. Manalah tahu dia boleh tolong kita, kan?"
Sementara Mak Mah menunggu kehadiran Dr. Karim, Mak Mah berlalu ke dapur untuk mengambil tuala dan sebaldi air bagi membersihkan tubuh pemuda yang masih penuh darah.
Perlahan-lahan darah yang mengalir dilap oleh tuala bersih yang telah dibasahkan. Terasa seperti mahu mengalir air mata Mak Mah melihat keadaannya yang amat sadis. Terbayang pula keadaan anaknya yang jauh nun di Kuala Lumpur. Hati ini tiba-tiba timbul perasaan risau pula.
Setelah selesai mengelap darah dan kotoran yang berbaki, Mak Mah termenung melihat wajah pemuda itu. Kacak orangnya.. pakaiannya walaupun surah terobek namun dia yakin bahawa lelaki ini orang yang berada. Mak Mah cuba untuk mencari kad identiti namun gagal. Berkemungkinan telah diambil oleh penjenayah agaknya.
"Dr. Karim, jemput masuk". Pelawa Pak Mat kepada Dr. Karim yang masih berkot putih yang dipakai dari hospital sebentar tadi.
"Okay tak apa.. Pak Mat dan Mak Mah boleh tunggu di luar dahulu, biar saya periksa dia dulu ya?"
Permintaan Dr. Karim dituruti oleh kedua pasangan tersebut. Dr. Karim merupakan seorang doktor yang berkhidmat di hospital kerajaan di kampung mereka. Disebabkan itulah Pak Mat amat rapat dengan beliau. Setiap kali berlaku kemalangan ataupun kecelakaan, Pak Mat sebagai ketua kampung pasti akan mendapatkan bantuannya.
"Saya risau lah bang.. macam mana kalau budak tu dah mati?"
"Ish awak ni Mah.. tak baik cakap begitu. Saya yakin budak tu masih bernyawa. Jangan risau, kita serahkan segalanya pada Allah".
Selepas hampir 15 minit menunggu, akhirnya pintu kamar dikuak oleh Dr. Karim yang memperlihatkan tubuh pemuda itu yang telah siap dibalut kemas.
"Alhamdulillah.. pemuda ini masih bernyawa, cuma dia masih tidak meyedarkan diri. Boleh saya tahu, macam mana lelaki ini boleh ada di rumah Pak Mat?"
"Ceritanya begini.. semalam Pak Mat pergi ke ladang getah, niatnya hanya untuk melihat kondisi ladang. Tiba-tiba Pak Mat ternampak sesuatu di hujung ladang yang betul-betul bersebelahan dengan jalan besar. Rupa-rupanya pemuda yang sudah terbaring dan cedera teruk. Itu yang Pak Mat terus bawanya balik"
Penjelasan dari Pak Mat benar-benar memberi jawapan yang jelas kepada persoalan yang bermain-main di mindanya.
"Pak Mat tahu nama lelaki ini?". Soal Dr. Karim pada Pak Mat.
Pak Mat hanya menggelengkan kepala, juga serentak dengan Mak Mah. Kedua pasangan ini sudah memeriksa seluruh pakaian mangsa namun masih gagal menemukan sebarang maklumat identitinya.
"Tidak mengapalah jika begitu, saya minta diri dulu Pak Mat dan Mak Mah. Jikalau pemuda ini sedarkan diri, cepat-cepat telefon saya ya".
Permintaan Dr. Karim tadi dibalas dengan anggukan dari Mak Mah dan Pak Mat. Sungguh pasangan yang sudah berumur ini tidak tahu apa yang harus dilakukan lagi. Mereka harapkan agar pemuda ini sedar dan pulang ke pangkuan keluarga yang mungkin kini juga sedang tercari-cari keberadaannya.
YOU ARE READING
Coretan Takdir Kita
Teen FictionMencinta itu bukannya mudah. Melupakan cinta itu amat memeritkan. Kenapa engkau perlu hadir di saat aku sudah kikis memori kita yang dahulu? Kenapa kau perlu tanam semula bunga di taman yang lelah aku hancurkan dulu?