Bab 4

1.3K 27 0
                                    

Tet.. Tet.. Tet.. Jam locengku berdering. Aduh, pagi-pagi lagi sudah ganggu tidurku yang lena. Cubalah bunyi lambat sikit ke ataupun tak bunyi langsung. Kan senang? Aku mengeliat kecil lalu bangkit dari katil menuju ke tandas. Memang kewajipan setiap muslim untuk bangkit dari tidur demi menunaikan solat subuh pada setiap hari. Ritual ini dilakukan bagi mempamerkan perasaan syukur dan gembira atas segala nikmat dan berkat yang telah Maha Pencipta kita kurniakan.

Seusai solat Subuh, dengan masih bertelekung aku duduk di sisi katil sambil membelek telefon bimbit aku. Hampa sedikit rasa kerana tiada sebarang notifikasi. Eh? Apa yang aku merepek ini? Apa yang aku harapkan sebenarnya? Aku menggeleng kepala melihat perangaiku yang sedikit berubah sejak semalam. Titik permulaan perkenalan aku dengan Shahir seperti hujan yang turun di sebuah bandar yang kering-kontang. Terasa hidup diriku ini sejak malam tadi. Fuh.. Aku dah pandai bermadahlah.

Aku menanggalkan telekung lantas bergerak ke tingkat bawah. Jam sudah menunjukkan jam 7 pagi maksudnya aku harus ke dapur untuk membantu mama membuat sarapan. Memandangkan hari ini hari minggu memang tugas aku untuk sediakan sarapan. Kata mama aku harus dilatih sejak kecil untuk biasa ke dapur supaya tidak terkejut suami nanti bila dah kahwin dapat isteri yang tidak pandai masak.

Pintu peti sejuk ku buka untuk lihat isi didalamnya. Satu demi satu laci aku buka mencari bahan-bahan untuk masak nasi goreng. Semuanya aku kumpulkan di tepi dapur. Ada bawang, bawang putih, lada dan macam-macam lagi. Setelah bahan-bahan kering dan basah telah aku siapkan, aku terus menghidupkan api dan mula memasak. Aroma nasi goreng kegemaranku memang menusuk ke kalbu. Aku yang masak ini pun rasa nak terkam sahaja nasi gorengku ini. Sedang syok-syok aku mengaul nasi di dalam kuali, terasa bahuku dipegang

"Sayang masak apa ni?"

"Fuh.. Mama rupanya, terkejut Yaya! Adik masak nasi goreng feberet mama lah"

Mama memelukku lalu meghadiahkan morning kiss di pipi aku. Memang itu rutin mama setiap pagi. Aku dan mama dah bagaikan pensel tekan dan ubatnya. Terasa kosong dan tiada guna jika salah satu tiada. Aku memang anak manja. Biasalah anak bongsu katakan. Selesai menggoreng, aku meletakkan mangkuk hidangan di atas meja bersama air yang telah aku bancuh tadi. Peh.. Dah boleh jadi isteri orang dah ini. Siapa nak masuk meminang sila Whatsapp saya dulu. Haha. Merepek je kerja aku ni.

Aku gapai telefon bimbit yang aku tinggalkan sebentar tadi di ruang tamu. Aku tekan aplikasi Whatsapp untuk periksa mana lah tahu ada notifikasi baru. Padahal nak check sama ada cikgu Bahasa Arab kesayangan aku ada hantar chat ke tidak. Aku mengaku selepas saat pertama kali kami chat bersama, aku asyik berharap chat daripadanya. Kalau boleh tiap-tiap detik aku nak berbual dengannya. Walaupun kami tak pernah berjumpa. Aku pun tak tahu kenapa. Ish.. Inilah namanya mabuk cinta. Sampai aku sendiri pun tak boleh kawal perasaan sendiri.

Ringtone aku berbunyi. Lamunan aku terhenti seketika. Maksudnya ada chat yang baru sahaja masuk. Siapa pulak yang hantar chat pagi-pagi ni? Buah hati aku ke?

Shahir : Assalamualaikum Yaya.

Pergh.. Dia baru hantar salam sahaja hati aku berdegup dah macam orang baru habis lari marathon. Dup dap dup dap.. Memang tak boleh kawal dah ini!

Yaya : Waalaikummussalam.. Shahir nak apa ye?

Shahir : Saje je.. Semalam saya lupa nak bagitahu yang Yaya boleh panggil saya akhi Shahir.

Yaya : Taknak.

Alamak! Apa yang aku send ni? Kenapa aku kata taknak? Dah lah tak boleh undo. Nak jawab apa ni? Kau ni kan buat benda tak pakai otak lah Yaya!

Shahir : Kenapa? Awak tak selesa ke?

Yaya : Saya tak suka panggil orang lain akhi/abang. Kalau saya panggil ustaz boleh?

Shahir : Ya Allah, tak layak saya dipanggil ustaz. Tapi kalau awak selesa saya okey sahaja.

Fuh.. Selamat. Tapi memang betul pun. Aku memang tak suka panggil orang abang. Bagi aku gelaran abang itu hanyalah untuk orang istimewa seperti abang aku dan semestinya suamiku. Biarlah orang nak cakap aku apa. Biarlah gelaran itu hanya orang yang aku sayang sahaja. Ecewahh..

Yaya : By the way, bila ustaz nak ajar saya?

Shahir : Inshaallah kalau Yaya tak kesah malam ini boleh?

Yaya : Okey ustaz!

Alahai.. Lamanya nak tunggu waktu malam. Kalau boleh aku ada mesin pemutar waktu memang aku nak cepat-cepat kan sahaja masa biar sampai waktu malam. Aku asyik rindu je nak chat dengn ustaz. Eh?!

Coretan Takdir Kita Where stories live. Discover now