Bab 2

2K 29 0
                                    

Sesampainya aku di kelas, aku terus meletakkan beg di atas kerusi. Kebanyakkan rakan sekelas aku sudah sampai memandangkan tinggal beberapa minit sahaja lagi loceng sekolah akan berdering. Pada waktu itulah seluruh warga sekolah akan berkumpul di dataran untuk perhimpunan harian. Semuanya akan berlari macam lipas kudung untuk tiba awal di dataran kerana jika ada yang kelewatan bersiap siagalah untuk dirotan oleh guru disiplin yang paling garang di dunia, Cikgu Azam. Ramai pelajar mengaatakan bahawa hanyunan rotan beliau peritnya kalah tukang sebat di penjara. Aku tak tahulah kebenarannya kerana belum lagi dalam sejarah hidupku rotan Cikgu Azam singgah dipunggung memandang aku ini pelajar kesayangannya. Jangan cemburu. Aku dengan Cikgu Azam ini dah macam kawan. Dia sangat memahami kerjayaku yang sangat padat jadualnya. Walaupun aku acap kali tidak hadir ke sekolah, beliau tidak akan ambil apa-apa tindakan disiplin terhadap aku. Katanya aku tidak hadir bukan kerana ponteng sekolah seperti pelajar lain malah aku cuti untuk mencari rezeki buat keluarga. Ini yang membuatkan aku makin sayang dekat Cikgu Azam ini!

Sejurus selepas selesai perhimpunan berakhir, aku dan Maya, kawan baikku merangkap makcik gossip sekolah berjalan pulang ke kelas bersama-sama pelajar yang lain. Setibanya aku dikelas aku lantas duduk di tempat dudukku sambil membelek-belek beg sekolah aku.

"Yaya, nak homework bahasa melayu minggu lepas". Soal Hakim yang tiba-tiba menerjah aku tanpa sebarang salam.

"Hmm.. Ambillah ada dekat bawah meja" balasku acuh tak acuh.

Aku kemudian sambung membelek buku catatan aku lagi. Hari ini merupakan hari yang paling sibuk kerana hari pertama setiap minggu aku harus mengemas kini segala maklumat dan menyelesaikan hal-hal bagi dibentangkan pada mesyuarat mingguan petang nanti. Tiba-tiba fokusku diganggu lagi.

"Weyh, aku nak pinjam kerja matematik boleh tak?" Ucap amirah sambil mempamerkan senyuman 50 sen dia itu.

"Hmm.." Jawab aku malas. Setiap hari pasti kerja rumah aku akan dipinjam oleh rakan sekelas aku yang lain. Almaklumlah, kebiasaannya aku seorang sahaja yang akan menyelesaikan kerja rumah yang dititipkan guru tiap-tiap hari. Yang lain? Biasalah, darah muda ini memang malas. Nak enjoy sahaja remaja-remaja zaman sekarang ini. Kalaulah mereka tahu betapa susahnya untuk mencari RM1 barulah mereka rasa bersyukur. Yang mereka tahu menghabiskan harta dan kekayaan yang diraih hasil usaha dan titik ibu bapa mereka sendiri. Okey.. Okey.. Aku ini banyak sangat membebel. Biasalah selalu jadi bos kan?

Waktu persekolahan tamat dengan jayanya bersama-sama kerja rumah yang banyak bagi meningkatkan prestasi murid memandangkan SPM akan berkunjung tiba tidak lama lagi (cikgu yang kata bukan aku). Seperti biasa, aku keluar sahaja dari pintu pagar sekolah kereta Swift aku yang dipandu Johan sudah terpacak di hadapan pintu. Bagus betul pembantu aku ini. Tepati masa sangat! Aku memboloskan diriku ke dalam perut kereta. Keluhan dilepaskan seusai Johan mengemaskini hal-hal penting berkaitan mesyuarat yang akan diadakan petang ini. Tetapi aku yakin, dengan bantuan dan kekuatan yang dipinjamkan oleh Allah SWT, aku boleh tempuhi segala onak dan duri dalam perniagaan.

Sesampainya aku di pejabat aku terus masuk ke dalam bilikku. Aku hamparkan badanku yang keletihan di atas sofa. Sempat rasanya kalau aku mahu lelapkan seketika mata yang sangat berat macam ada batu bata atas kelopak mata aku ini. Malangnya, tak sampai sepuluh minit aku tidur Hajar, pengurus eksekutif sudah mengejut aku.

"Cik, supplier dah sampai. Dia ada dalam meeting room"

"Baiklah. Sekejap lagi saya masuk" balaku ringkas.

Aku bingkas bangkit dari sofa dan mengeliat. Terubat sikit rasa penat dan letih aku seusai tidur tadi. Lalu aku berjalan menuju ke bilik mesyuarat dan memulakan perbincangan dengan Farah wakil dari salah satu syarikat ternama di Malaysia. Pada awalnya aku tidak percaya yang aku akan sampai ke tahap ini. Tetapi alhamdulillah pintu rezeki Allah itu terbuka luas buatku beberapa tahun lepas sehinggalah hari ini. Aku harap segalanya akan berkekalan sehingga akhirnya.

Selesai sahaja mesyuarat lebih kurang pada jam 4.30 petang aku bergegas balik ke rumah. Kebiasaannya perjalanan pulang aku dari pejabat ke rumah tidak akan dipandu oleh Johan. Memang aku yang pandu sendiri. Kasihan dia kerana jarak rumahnya dengan rumahku agak jauh juga. Aku tidak mahu menyusahkan kerjanya. Aku memulakan pemanduan. Seperti biasalah jalan sesak. Kalau tak sesak bukan namanya Johor Bahru kan? Bukan ibu kota sahaja yang sesak tau! Johor pun sudah sibuk sekarang.

Setibanya dirumah aku memberhentikan keretaku di hadapan rumah. Aku kaget. Kenapa ramai-ramai ni? Siapa pula yang datang rumah aku? Ada orang datang meminang ke? Jantungku berdegup laju

Dup..Dap..
Dup..Dap..

Coretan Takdir Kita Where stories live. Discover now