" Syoknya tidur.. bangunlah saya dah lapar ni.."
Suara garau tadi menembus masuk ke dalam mimpi aku. Dari manakah datang suara itu? Seperti aku pernah dengar suaranya sebelum ini. Tetapi siapa ya?
Kelopak mata dengan gigih aku buka sepenuh hati. Masih berlawan dengan rasa malas yang masih tebal dalam diri ini. Ikutkan hati mahu sahaja aku sambung tidur. Malas hendak layan suara garau yang dari tadi mengganggu lenaku.
" Yaya.. Yaya.. bangunlah! ". Kedengaran suara Maya yang seperti berbisik bercampur nada kemarahan.
" Yalah! Aku bangun ni! ". Balas aku lantas terus membuntangkan biji mata.
Wajahnya benar-benar berada di hadapan muka aku. Hanya beberapa inci udara sahaja yang memisahkan kami. Terasa hembusan nafas hangatnya menyapa pipi aku yang mulai kemerahan.
" Dah bangun pun.. Jom tunjukkan saya bilik santapan dekat mana sebab saya dah lapar sangat ni.. Lapar sebab dari tadi makan hati. Orang bagi ceramah dia tidur pulak ". Ujar Ustaz Syahir yang kedengaran seperti memerli aku.
Amboi.. suka hati mamat ni sahaja nak perli-perli aku. Bukannya aku sengaja tidur, dah ngantuk sangat nak buat macam mana? Lagipun siapa suruh bagi ceramah lepas rehat, memang best la sebab dapat beradu dengan perut penuh dengan nasi lemak kantin tadi.
" Yalah.. yalah.. Jom ikut saya. Kita ganti balik hati Ustaz yang dah termakan tadi. Maya, ikut aku sekali jom! ". Balas aku sambil menarik tangan Maya berjalan keluar dari bilik ceramah.
Aku dan Maya mendahului perjalanan menuju ke arah Bilik Santapan VVIP yang terletak tidak jauh dari bilik ceramah. Ustaz yang sedang berbual di telefon bimbitnya aku endahkan lantas meneruskan perjalanan.
Kelihatan beberapa orang pelajar perempuan yang bersidai di koridor kelas masing-masing sambil tersenyum-senyum kambing. Mana tidaknya, habis kecoh satu sekolah akan kehadiran Ustaz Syahir a.k.a mamat yang hensem dan beragama. Memang calon suami perfect la kononnya. Geli-geliman aku dengar!
" Kita dah sampai ". Ujarku ringkas kepadanya yang berbual-bual di telefonnya.
" Kalau asyik nak cakap dengan telefon tu baiklah makan dekat rumah aje. Saya ni bukan bibik atau isteri awak okay? Nak kena tunggu-tunggu pulak ". Ucapku tegas kepadanya yang disambut dengan cubitan 'manja' dari Maya.
" Okey.. okey.. maaf. Dah jom kita masuk makan. ".
Bau enak dari makanan yang terhidang sudah cukup membuatkan perut aku menari-nari kegembiraan. Almaklumlah, pagi tadi hanya sempat mengalas perut memang pada waktu-waktu tengahari macam ini merupakan waktu yang tepat untuk aku makan. Kami bertiga mengambil tempat masing-masing dan mulakan santapan. Sunyi sepi seluruh bilik kerana semuanya khusyuk mengisi perut yang sudah kosong.
" Lupa Ustaz nak tanya, nama penuh kamu berdua apa ya Maya? ". Ucapnya sambil bertentang mata dengan Maya.
" Nama penuh saya Maya Alisa, Ustaz. Yang ini pula.. ". Belum sempat Maya menghabiskan tuturnya aku sudah menelekup rapat mulut Maya.
Fuh.. nasiblah aku sempat menyekat tutur Maya sebelum bocor identiti sebenar aku. Korang lupa ke yang Ustaz Syahir ini tahu nama penuh aku? Kalau lah ada yang terlepas memberitahunya nama penuhku, pasti dia akan membenci aku sebagaimana dia membenci aku dahulu.
" Kenapa Ustaz pilih sekolah kami untuk beri ceramah? Tak silap saya Ustaz ni kan terkenal, mesti banyak jemputan kan? " Cubaan aku untuk menukar topik nampaknya berjalan dengan lancar.
" Sebab awak. ". Balasnya ringkas. Memang terlalu ringkas.
Apa?! Kenapa pula dia datang sekolah ini sebab aku? Firasat aku kuat menyatakan bahawa dia hanya bergurau senda sahaja. Aku yakin. Teramat-amat yakin.
Selesai sahaja makan, aku dan Maya lantas bangun keluar dari bilik santapan, namun, langkahku terhenti saat suara Ustaz memanggilku lembut.
" Eh sekejap, boleh saya nak cakap dengan awak sekejap Yaya? Sekejap sahaja ". Ucap Ustaz pada Yaya.
Aisyah Zulaikha mengarahkan Maya untuk pulang terlebih dahulu kerana takut perbualan ini akan mengambil masa yang lama. Kesian pula nanti Maya hendak menunggu di luar nanti. Badan aku arahkan kepadanya lantas melemparkan pandangan tajam tepat ke dalam matanya.
" Cakaplah apa yang awak nak cakap ".
" Sebenarnya saya datang sini memang sebab saya nak jumpa awak. Saya nak tahu kenapa malam itu awak menangis malam itu. ". Soal Syahir.
Aduh.. kenapa dia perlu tanya berkaitan hal di Dewan Kolej An-Nur tempoh hari. Sudahlah, aku sudah tak mahu ingat lagi apa-apa tentang dia. Aku benci! Kenapa dia harus datang sewaktu aku sudah berjaya melupakannya dahulu. Kenapa?
Aku masih berdiri kaku dihadapannya. Jari-jemari aku sudah mula kedinginan ditambah lagi dengan bayu penghawa dingin. Aku bingung, aku tidak mempunyai jawapan untuk soalan yang diujarkan tadi kepadaku. Tolong Yaya, papa!
" Sa.. say.. saya.. balik dulu ". Balas aku tergagap-gagap lantas terus berjalan pantas menuju keluar.
" Saya suka awak! ".
" Awak tak tahu apa awak cakap. Saya balik dulu ".
_____________________________________________
Enjin kereta Mercedesz Benz dimatikan. Bahagian belakang badan yang kelenguhan akibat memandu dalam jangka masa yang lama aku sandarkan pada tempat duduk pemandu. Keluhan berat dilepaskan. Serabut kepala aku sepanjang hari ini. Macam-macam banyak perkara aneh yang berlaku pada aku hari ini termasuklah pengakuan berani mati oleh Ustaz Syahir.
" Saya suka awak! ". Terngiang-ngiang lagi pengakuan gila yang telah dilakukan olehnya di sekolah tadi.
Benarkan Syahir benar-benar suka pada aku? Ataupun dia hanya ingin menguji aku? Sudahlah! Kalau aku terus-menerus memikirkan hal ini boleh sakit jiwa aku pada usia muda. Simpang malaikat empat puluh empat!
Langkah diatur menuju ke dalam rumah. Jam tangan yang kemas diikat pada pergelangan dikerling tajam. Kelihatan baru sahaja jam 2.30 petang. Masih awal lagi aku tiba di rumah ini kerana kebiasaannya aku akan masuk pejabat sejurus selepas tamat sesi persekolahan. Namun hari ini aku seperti tiada mood untuk berbuat apa-apa. Katil, aku datang ni!
" Assalamualaikum! ". Laungku lantang yang membuat rumah agam kami sedikit riuh.
" Waalaikummussalam sayang! Awalnya balik anak mama ni. Mimpi apa ni tak masuk ofis? Bukan ke Aisyah Zulaikha dan pejabat memang tak dapat dipisahkan ". Ujar mama selamba memerliku sambil melontarkan senyuman sinis di bibir.
" Ala mama ni.. Yaya balik awal salah, balik lambat salah. Kalau macam tu Yaya nak merajuklah macam ni.. ". Bibir mungil Aisyah Zulaikha dimuncungkan tamda merajuk dengan mamanya.
" Alolo.. anak mama ni. Meh sini jom makan tengahari dengan mama. Boleh jugak kita berborak-borak sama-sama kan? ". Ucap Mama lantas menarik jari-jemari aku berjalan menuju ke meja makan.
Terbuntang mata melihat lambakan makanan yang terhidang di atas meja. Dari hujung meja ke hujung meja yang lain dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan. Ini mesti mama berada dalam 'mood' baik. Kebiasaannya mama akan masak sebegini rupa apabila dia baru sahaja mendapat berita gembira. Agak-agaknya berita tentang apa? Baik aku tanya.
" Mama.. kenapa Mama masak banyak-banyak ni? Ada berita happy ke nak kongsi dengan Yaya? ". Ujar Aisyah Zulaikha pada ibunya yang sedang khusyuk bersarapan.
Senyuman manis terukir di bibir Mama. Kelihatannya begitu gembira. Dengan pantas Mama mengunyah laju makanan yang masih berbaki di dalam mulutnya.
" Ada! Tapi.. ". Ucap Mama yang teragak-agak.
" Tapi apa? ". Soal aku yang berdebar menunggu jawapan dari Mama.
" Tapi kalau Yaya nak tahu, Yaya kena balik awal esok. Boleh? "
" Okey boleh! Lagipun esok kan hari Sabtu. Yaya masuk ofis sekejap sahaja nak tandatangan beberapa dokumen, selepas itu Yaya terus balik. ". Balas aku lantas dibalas dengan senyuman dari Mama.
Aku keliru. Kenapa pula Mama suruh aku balik awal esok? Kebiasaannya Mama tidak kisah tentang waktu aku pejabat kerana Mama sentiasa memahami kondisiku sebagai pelajar dan usahawan. Apakah agaknya berita gembira yang hendak Mama sampaikan? Nervousnya!
YOU ARE READING
Coretan Takdir Kita
Teen FictionMencinta itu bukannya mudah. Melupakan cinta itu amat memeritkan. Kenapa engkau perlu hadir di saat aku sudah kikis memori kita yang dahulu? Kenapa kau perlu tanam semula bunga di taman yang lelah aku hancurkan dulu?