Part 17

935 20 3
                                    

Ligat pandangan Danny meliar-liar mencari gerangan isteri tercinta yang sejak dari tadi tidak kelihatan kelibatnya. Mungkin isterinya berada di dalam rumah bersama sepupu perempuan yang lain.

Lipatan lengan bajunya yang sudah basah kuyup dileraikan seusai selesai membasuh periuk belanga bersama-sama saudara-mara lelaki yang lain. Sejak petang tadi bergelak sakan mereka berbual-bual sambil kedua belah tangan asyik menyental periuk sehingga tidak sedar bahawa waktu pun sudah hampir senja.

Langkah diatur menaiki anak tangga masuk ke dalam rumah sambil dibontoti oleh saudara-mara yang membantunya sebentar tadi. Kelibat isteri tercinta masih gagal dikesan keberadaannya.

"Danny, pergi masuk mandi dulu. Malam ini kamu jadi imam ya?" Ujar Papa yang sedang duduk di ruang tamu sambil berborak-borak kosong dengan tetamu yang hadir.

"Inshaallah Papa. Cuma Danny nak tanya sikit, Papa ada nampak Yaya tak?" Soal Syahir Danny kehairanan.

"Oh.. Yaya ada di dapur, dari tadi dia sibuk menyediakan persiapan makan malam nanti. Mesti meletup perut kita malam ni Madam besar masak. Sedap tau!"

Danny yang sudah lega selepas mengetahui di mana isterinya terus menuju ke bilik bagi membersihkan diri bagi persiapan untuk malam ini. Pintu bilik dikuak memasuki kamar tidurnya.

Walaupun kebiasaannya pasangan suami isteri yang baru berkahwin akan tidur di rumah pihak perempuan pada malam pertama, namun ia amat berbeza dengan kami kerana kami memilih untuk menghabiskan malam pertama di rumah pihak lelaki. Harap-harap malam ini ada perkara yang seronok berlaku! Hihi..

Kelihatan sehelai jubah putih dan kain serban putih yang sudah digosok kemas oleh Yaya digantung pada tombol almari pakaianku. Sungguh mulia akhlak isteriku ini, tidak perlu diarah-arah kerana tanggungjawabnya sebagai seorang isteri sudah mula dilaksanakan tanpa suruhanku. Terima kasih Allah.

Seusai membersihkan diri, lantas aku keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.
Ruang itu telah dipenuhi dengan saudara-mara berborak-borak kosong yang sudah berpakaian solat sambil menanti azan Magrib berkumandang.

Sejadah-sejadah yang masih berlipat, dibuka lalu dibentangkan menghadapkan ke arah kiblat. Sempat Danny duduk berteleku di atas sejadah sambil menghabiskan waktu yang berbaki dengan zikir-zikir kepada Allah.

___________________________________________

Seusai selesai solat Maghrib dan Isyak, semua ahli keluarga berkumpul untuk makan malam bersama-sama. Pelbagai jenis juadah yang disediakan di atas meja makan yang mana kebanyakkannya di masak oleh Aisyah Zulaikha, isteriku.

Jangan pandang isteri aku sebelah mata tau! Walaupun dia itu anak dan cucu bongsu dalam keluarga, namun salah satu hobi kegemarannya ialah memasak dan mencuba resipi baru. Memang tidak lama lagi perutku bakal mengandung 5 bula tidak beranak-ranak agaknya.

"Selamat pengantin baru Danny dan Yaya!" Teriak Pak Mat sejurus menapakkan kaki masuk ke dalam rumah.

"Terima kasih Pak Mat. Marilah masuk! Hari ini anak saudara kesayangan Pak Mat masak tau." Balas kami serentak sambil bersalaman dengan Pak Mat, bapa saudara yang paling sporting dalam yang lain.

Semakin ramai tetamu yang membanjiri rumah keluarga Danny. Dari yang aku kenal sehinggalah yang pertama kali aku jumpa. Alhamdulillah, penerimaan keluarga Danny akan kehadiranku amat memberansangkan. Setakat ini masih belum ada yang melihatkan tanda benci pada aku.

Kami masing-masing sungguh sibuk melayan kerenah tetamu sehingga tidak perasan bahawa masa sudah hampir jam 11 malam. Hadiah yang berbondong-bondong dari tetamu yang hadir aku angkat bawa masuk ke dalam bilik satu per satu.

Dek kerana badan ini terasa sungguh penat kerana seharian tiada henti melayan tetamu, aku mengambil keputusan untuk terus bersiap sedia untuk berehat meninggalkan tetamu lain diluar.

Danny yang tadinya asyik berbual-bual dengan saudara-mara yang lain sedar akan ketiadaan isterinya. Pandangannya dilarikan ke seluruh pelusuk rumah namun kelibatnya masih tidak kelihatan.

"Walid, ada nampak Aisyah Zulaikha?" Soal Danny kepada bapanya.

"Amboi.. baru sekejap berpisah dan rindu ke? Tapi Walid tak pasti lah Danny, cuba cari Yaya di dapur mungkin?" Balas Walid sambil tersengih-sengih.

Danny bangkit lantas berjalan menuju ke dapur bagi mencari isterinya itu, namun masih gagal dijumpai. Kemudian, Danny bergerak pula ke kamar tidurnya pula dengan harapan isterinya mungkin kepenatan dan perlukan rehat setelah seharian melayan tetamu.

Dengan pantas kakinya menaiki anak tangga ke tingkat atas. Sesampainya dia di depan kamar tidur mereka, pintu dikuak pantas untuk melihat siapa di dalamnya.

"Subhanallah". Ucap Danny kaget.

Kini buat pertama kali dalam hidupnya, Danny melihat aurat suci isterinya yang selama ini disimpan rapi dan tidak pernah sekalipun dicerobohi mana-mana lelaki.

Mata ranjangnya dilirikkan pada tubuh badan isterinya. Bermula dengan rambutnya yang perang ikal mayang, pinggangnya yang ramping, kulitnya yang mulus gebu bak kulit bayi dan tubuhnya yang kecil lalu diserikan lagi dengan baju tidur lace merah menggoda yang sedikit jarang.

Sungguh malam ini, iman aku semakin tercabar. Nafasku ditarik sedalam-dalamnya bagi mengumpul kembali kekuatan untuk berhadapan dengan isteri yang benar-benar menggetar naluri lelakiku.

"Sayang pergi mana tadi? Penat abang cari tadi tau.." rajuk Danny dengan suara manja.

Aisyah Zulaikha yang masih mendiamkan diri menimbulkan tanda tanya di hati Danny. Selang beberapa saat, isterinya mula mengatur langkahnya pula mendekati Danny. Setapak.. demi setapak.

Kini tubuh isterinya benar-benar di hadapannya. Jari jemari mulus isterinya galak bermain-main tengkuknya. Kadang-kadang telinga juga diusik-usik lembut.
Leher Danny dirangkul lembut Yaya sambil mulutnya menghampiri cuping telinga suaminya.

"Sorry.. Yaya pena..tt san..gat.." bisiknya lembut menggoda.

Turun naik nafas Danny yang sedaya upaya dia mengawal nafsu lelakinya itu namun akhirnya tewas juga dia terhadap godaan isterinya kesayangannya itu.

Wajahnya digerakkan sedikit demi sedikit menghampiri wajah isterinya. Tinggal hanya beberapa inci sahaja bibir mereka bakal bertemu. Jantung kedua-dua pengantin baru itu kian berdegup pantas.

Dup.. dap.. dup.. dap..

Coretan Takdir Kita Where stories live. Discover now