" Awak jahat. Awak pentingkan diri sendiri. ". Ayat yang meniti di bibir Danny amat mengejutkan Aisyah Zulaikha.
" Saya selfish?! ". Berang Yaya.
" Pada saat awak luahkan perasaan awak pada saya, waktu itu saya bingung dan keliru. Saya tak tahu sama ada untuk menerima ataupun tolak cinta yang telah awak sampaikan. Namun, saya telah ambil tindakan paling bodoh dalam hidup saya untuk tolak cinta insan yang paling saya cinta dalam diam. Saya rasa bodoh sangat waktu itu. Selepas dari kejadian itu saya cuba Whatsapp awak, saya cuba cari instagram awak tapi semuanya gagal. Hampir setahun Yaya! Hampir setahun saya hidup dengan rasa serba-salah. Saya hidup tak terurus, macam orang gila! Tapi awak tak tahu semua tu! "
Berjurai air mata Danny jatuh mencium bumi. Perasaan sebaknya itu tidak boleh ditahan lagi. Tanpa disedari, kelopak mata Aisyah Zulaikha juga sudah bergenang. Namun Aisyah Zulaikha masih kekal berdiam diri.
" Tetapi semuanya berubah sejak pertama kali kita berjumpa di Kolej An-Nur. Pandangan mata awak, cara tutur awak langsung terus dapat mengubati rasa sakit saya. Sebab itu saya sanggup cari awak di mana sahaja. Saya sanggup bagi ceramah percuma di sekolah awak semata-mata untuk berjumpa dengan awak. Saya beranikan diri untuk meminang awak sebab saya dah tak nak perkara yang dahulu berulang kembali. Saya nak cinta hati saya balik. Saya sayang awak Yaya. I really.. really love you. "
Aisyah Zulaikha masih berdiamkan diri. Dia masih bingung dan keliru dengan apa yang berlaku, dengan apa yang disampaikan Danny sebentar tadi. Betullah aku ini pentingkan diri sendiri kerana sakit yang ditanggung Danny selepas malam itu amat perit dalam sejarah hidupnya. Kenapa aku terlalu awal menghukum dirinya?
Ungkapan cinta dari Danny tadi terus menusuk ke dalam sanubarinya. Keikhlasan dan kesungguhan Danny dapat Aisyah Zulaikha rasai. Ya Allah.. andai ini jodoh aku, permudahkanlah!
" Sa.. saya minta maaf sangat-sangat ". Ucap Yaya sayu pada Danny yang masih lagi menangis.
" Takpe.. ini semua bukan salah awak. Ini semua salah saya. Saya yang jadi punca. Biar saya tanggung rasa serba salah ini sorang-sorang ". Balas Danny sambil menyeka air mata yang masih berbaki di di pipinya.
" Lap air mata awak. Jom ". Ucap Aisyah Zulaikha ringkas.
Dengan pantas Yaya bangkit dari kedudukan lalu langkahnya diatur menuju ke ruang tamu yang dibontoti oleh Danny. Mama, Papa, Uncle Hisham dan Aunty Salmah kelihatan sedikit kaget melihat Yaya dan Danny berdiri bersebelahan dihadapan kedua ibubapa mereka. Ruang tamu yang tadinya riuh rendah serta merta dihuni kesunyian.
" Bismillahhirrahmannirrahim. Mama, Papa, Aunty dan Uncle, dengan izin Allah saya terima pinangan Danny ".
" Alhamdulillah! ". Ucap riang seluruh ahli keluarga.
Mama dan papa memelukku erat manakala Danny juga dipeluk riang oleh ibu bapanya. Kegembiraan yang teramat dapat dilihat pada wajah kedua ibu bapa kami pada saat aku memberikan kata putus tadi. Aku yakin keputusan ini adalah keputusan yang tepat. Aku yakin!
________________________________
" Syahir.. syahir.. ".
" Yaya.. bangun sayang dah maghrib ni ". Kedengaran suara halus berkata-kata.
Kelopak mata cuba diangkat namun masih gagal. Berat sungguh terasa kelopak mata aku ini dek kerana badan terasa terlalu keletihan. Panggilan halus tadi aku cuba endahkan namun bahu aku pula ditepuk lembut oleh suara lembut tadi.
" Okey, Yaya bangun ". Balas aku lantas terus membuka kelopak mata.
Rupa-rupanya suara lembut tadi milik mama. Kelihatan mama sedang berdiri di sisi katil sambil bercekak pinggang. Kepalanya juga digelengkan perlahan.
" Kalau rindu pun janganlah sampai mengigau. Dah pergi solat cepat! ". Ucap mama lantas berlalu pergi.
Apa mama cakap tadi? Rindu? Aku rasa aku tidak salah dengar. Dengan siapa pula aku hendak rindukan. Bukannya aku ada sesiapa pun hendak disayangi dan dicintai. Biarlah apa yang dikatakan mama tadi. Mungkin mama yang mamai rasanya. Biarlah!
Tubuh kecil dibangkitkan dari pembaringan lalu berjalan terus memuju ke arah tandas untuk mengambil wudhu'. Mata dikerlingkan ke arah jam dinding yang tergantung di dinding. Mata aku digosok lembut. Apa?! sudah hampir jam 8 malam dan masih belum solat maghrib lagi! Baik aku pergi mandi dan solat terus.
Seusai selesai solat, baju tidur kelawar aku sarungkan pada badan. Langkah diatur turun ke tingkat bawah yang sudah kedengaran suara Mama dan Papa yang sedang rancak berbual.
Setibanya aku di meja makan, wajah Mama dan Papa tersenyum. Eh, kenapa pula Mama dan Papa sengih serupa kera busuk ini? Ada apa-apa yang tidak kena pada badan ataupun bajuku? Tapak tangan dijalankan ke seluruh badan bagi mencari kesan koyakan yang mungkin menjadi sebab Mama dan Papa tersengih-sengih.
" Mama, Papa, kenapa senyum-senyum ni? Ada yang tidak kena ke dengan Yaya? ". Ujar Aisyah Zulaikha tegas.
Mama dan Papa menggelengkan kepala tanpa sebarang alasan. Sekali lagi senyuman manis diukir dari bibir mereka. Aku masih lagi kaku berdiri di hadapan mereka.
" Mana cincin? ". Soal Papa.
Minda aku bingung. Soalan Papa sebentar tadi benar-benar membuatkan aku tertanya-tanya. Cincin? Sejak bila pula aku ada hobi mengumpul cincin? Setahu aku sejak dari kecil lagi Papa dan Mama tidak pernah pula membelikanku walaupun sebentuk cincin kerana aku lebih gemar membeli rantai dan juga gelang tangan.
" Ini mesti kes mamaikan? Lupa ke yang Yaya dah tunang dengan Danny semalam? ". Balas Mama selamba.
" Ya Allah! Macam mana boleh lupa ni? ".
Poket baju kelawar aku seluk mencari cincin yang disarungkan semalam oleh Aunty Salmah. Mana pula pergi cincin ni? Takkan hilang kot.
" Bye, Yaya nak pergi cari cincin! ". Ucap Aisyah Zulaikha lantas terus berlari menuju ke biliknya.
Pintu bilik dikuak pantas. Pandangan matanya diliarkan ke seluruh pelusuk kamar tidurnya. Selimut diatas katil dijatuhkannya ke lantai. Almari baju dibuka lalu habis semua baju dikembahkannya. Masih gagal menjumpai cincin pertunangan dia dan Danny.
" Yes! Jumpa pun! ". Teriaknya sewaktu berjaya menjumpai cincin itu di sinki tandas.
Cincin yang bertatahkan berlian asli yang berkelipan disarungkan kembali pada jari manisnya. Mungkin ditanggalkannya sewaktu hendak mengambil wudhu' tadi agaknya. Tanpa disedari, bibirnya mengukir senyuman riang.
Peristiwa manis semalam kembali menusup masuk ke dalam lamunan mindanya. Sungguh tidak aku percaya yang aku benar-benar bersetuju untuk berkahwin dengan Danny aka Syahir. Selama ini aku tidak pernah buat keputusan seperti semalam. Buat keputusan tanpa berfikir panjang. Cuma yang aku tidak percaya ialah dalam sebulan lagi aku akan sah menjadi isteri orang. Macam mana agaknya kehidupan berkeluarga ya?
Tiba-tiba telefon bimbitku berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Ligat tangan menyeluk poket beg tangan mencari telefon bimbit yang terletak betul-betul pada dasar beg tangan kesayanganku. Tangan aku terus meraba-raba.. Akhirnya! Jumpa pun!
" Assalamualaikum... ". Ucap Danny dengan suaranya yang 'macho' benar-benar mencairkan hatiku.
" Waalaikummussalam.. kenapa call saya ni? ". Soalku pantas bagi menghilangkan debaran di jantung yang semakin rancak.
" Aik? Call tunang sendiri pun salah ke? Saya cuma nak cakap jangan lupa esok kita kena pergi butik untuk tempah baju nikah dan sanding ".
" Okey. Tapi sebelum itu kalau saya nak buat permintaan boleh? Saya tak nak jumpa awak sampailah hari perkahwinan kita nanti. Boleh? ".
Tiada jawapan dari Danny. Perbualan yang tadi rancak kini hanya kedua-duanya diam tanpa kata. Terlalu beratkah permintaan aku sebentar tadi?
" Boleh. Tapi kenapa? ". Soal Danny.
" Adalah! Okeylah saya dah nak tidur. Assalamualaikum ".
Danny tersenyum sendirian melayan kerenah bakal isterinya yang seperti kanak-kanak. Suka benar dia membuat keputusan tanpa memberitahunya dahulu dan berahsia. Nasib badanlah sebab tak dapat tengok wajah buah hatinya selama sebulan. Selepas ini pasti mandi tak basah dan makan tak kenyang! Makin tebal lah rasa rindunya pada Aisyah Zulaikha. Tunggu nanti sayang, dah kahwin nanti hari-hari saya nak tengok wajah awak sampai nak muntah!
YOU ARE READING
Coretan Takdir Kita
Novela JuvenilMencinta itu bukannya mudah. Melupakan cinta itu amat memeritkan. Kenapa engkau perlu hadir di saat aku sudah kikis memori kita yang dahulu? Kenapa kau perlu tanam semula bunga di taman yang lelah aku hancurkan dulu?