" Hai Hae Rin~ " sapa Hoseok tersenyum ceria.
Aku mengangkat kepala dan memandangnya tanpa perasaan.
Hoseok tersengih melihat pandangan dinginku.
" Kita makan sama-sama nak? "
Diamlah. Main jauh-jauh.
Aku tidak menggeleng mahupun mengangguk.
Namun dia tetap mengambil tempat di hadapanku dan mula membuka bekalnya.
Semua pelajar di kantin memandang aku dan dia.
Termasuk kawan-kawan dia.
Dia menyudu Nasi Gorengnya lalu disua ke mulutku.
Aku memandang kiri dan kanan.
Orang mula berbisik-bisik memandangku.
Pandanganku kembali pada dia.
Sudu yang berada dekat dengan mulutku ditepis kasar membuatkan nasi tersebut tumpah.
Aku segera bangkit dari dudukku dan berlalu pergi meninggalkan dia yang terkejut.
Telingaku ditekup apabila pelajar disekelilingku mula menyebut tentang keluargaku.
Apa hak mereka?
Aku segera berlari masuk ke dalam kelas yang kosong kerana waktu rehat.
Air mataku yang sudah lama tidak mengalir membasahi pipi.
Semua kata-kata mereka bermain di fikiranku.
Aku memegang kepalaku kerana terasa sakit.
Tolong. Keluar. Dari. Minda. Aku.
Baru sahaja aku mahu menekup telingaku , terasa ada sepasang tangan menekup telingaku.
Aku menoleh.
Hoseok menekup telingaku dengan menggunakan tangannya.
Dan tersenyum.
Manis.
YOU ARE READING
[ Completed ] Sick | Jhope |
Fanfiction" Parah. Awak menghidap sejenis penyakit yang mungkin tiada penawarnya. " sambung doktor Song. Aku terkedu. Aku mula kecut. " P-penyakit ap-a ? " tanyaku takut. Setiap penyakit, pasti ada penawarnya. Target 🎯: ++100 chapter Start : 10 February...