Aku melangkah masuk ke dalam kelas.
" Hai Rin! "
" Selamat pagi, Hae Rin. "
Aku tersenyum membalas teguran rakan-rakan sekelasku.
" Yow Rin! " tegur Jihun.
Aku mengangkat tangan membalas teguran rakan-rakanku.
Beg diletakkan di tepi meja dan punggung dilabuhkan.
Rakan-rakanku mula berkerumun di mejaku.
Kami bersembang seketika sebelum En. Kang selaku guru mata pelajaran Matematik masuk.
" Selamat pagi, cikgu. "
Semua mata tidak berkelip memandang seorang pelajar lelaki yang masuk bersama En. Kang.
Aku pula sedari tadi sibuk menunduk mengeluarkan buku.
Tidak tahu apa yang berada di hadapan.
" Baiklah pelajar. Hari ini kamu ada kawan baru. Silakan. "
" Annyeonghaseyo. Jung Jin Young imnida..."
Aku mengangkat kepala apabila mendengar nama itu.
Aku terkedu.
" Saya pertukaran pelajar dari Gwangju. Selamat berkenalan dan sila beri tunjuk ajar ~ "
Pelajar lelaki itu menunduk sedikit dan berdiri tegak semula bersama senyuman manis.
" Kyaaa! Senyuman dia manis. "
" Owemji. He's so handsome. "
" Ani...he's so beautiful. "
" Charming...."
Pelajar perempuan di dalam kelasku mula cair.
Tapi bukan aku.
Aku sedari tadi terkaku, tergamam dan terpaku.
" Kim Hae Rin. "
Tiada sahutan.
" Kim Hae Rin! "
Aku segera berdiri.
" Nae? "
" Guru kelas kamu, Pn. Han minta kamu jumpa beliau di bilik guru waktu rehat nanti bersama pelajar baru. "
Aku mengangguk faham sebelum duduk.
Mataku sempat melirik pelajar baru tadi yang sudah duduk selang dua meja dari mejaku di barisan lain.
Aku melarikan pandangan apabila dia berpusing ke belakang untuk mengambil buku di begnya.
YOU ARE READING
[ Completed ] Sick | Jhope |
Fanfiction" Parah. Awak menghidap sejenis penyakit yang mungkin tiada penawarnya. " sambung doktor Song. Aku terkedu. Aku mula kecut. " P-penyakit ap-a ? " tanyaku takut. Setiap penyakit, pasti ada penawarnya. Target 🎯: ++100 chapter Start : 10 February...