[ 31 ]

2.2K 337 13
                                    

Aku duduk di tepi padang sambil memandang rumput yang menghijau.

Hari ini aku tidak terasa ingin makan di kantin.

Bunyi derapan kaki seseorang membuatkan aku berpaling.

Aku hanya memandang langkah seseorang dari jauh sehinggalah duduk di sebelahku.

" Hai chagi~ Kenapa tak rehat? " tanya Hoseok.

Aku hanya mendiamkan diri.

" Kenapa duduk kat padang? Ouhhh...sebab nak ambil feel padang sebelum lari eh. " usik Hoseok.

Aku berpaling.

Bagaimana dia tahu?

" Hoseok tahu Hae Rin masuk balapan padang daripada rakan sekelas Hae Rin. " jelas Hoseok tanpa dipinta.

Aku mengangguk faham.

Nafas berat dihela lembut.

Ini pertama kalinya aku dipilih masuk acara padang semenjak aku pindah ke sekolah Hoseok akhir tahun lepas.

Ya. Aku pindah ke sekolah ini pada 3 bulan akhir tahun lepas.

Selepas kematian eomma, appa dan Hae Jin, aku mengalami kemurungan hampir 5 bulan.

Kemudian aku masuk ke hospital mental dan psikiatri kerana masalah mental selama setahun dan dibenarkan pulang.

Self harm. Remember?

Sebab itu aku masuk ke sekolah ini lambat.

Selama aku sakit, Hoseok sahaja yang menemaniku.

Eomma dan appa percaya Hoseok mampu membantu aku sembuh.

Dengan izin Tuhan, aku sudah sembuh sekarang.

" Awak masuk acara apa-apa? " tanyaku.

Hoseok menggeleng bersama senyuman.

" Saya kena menjual nanti. "

Aku mengangguk faham.

" Nanti saya sokong awak tau. Saya jerit kuat-kuat untuk sokong awak. Kalau awak menang, saya bagi hadiah. "

Aku tergelak.

" Janji? "

Aku keluarkan jari kelengkengku.

Hoseok mengangguk laju.

" Janji! "

Jari kelengkengnya bertaut dengan jari kelengkengku.

[ Completed ] Sick | Jhope |Where stories live. Discover now