Dia berlari ke?
Aku mengeluarkan tisu dari poket seluarku lalu mengesat peluh di dahi Hoseok.
Senyuman Hoseok mula terukir.
" Kenapa sampai berpeluh? "
Hoseok tersengih.
" Saya cari awak satu sekolah. Saya ingat acara penyampaian hadiah belum habis...tengok-tengok dewan dah kosong. "
" Saya pun cari awak merata tempat. "
Aku hanya mendiamkan diri." Awak dah tak marah kan? "
" Siapa kata? " balasku.
Aku melangkah ke perhentian bas berdekatan.
Bangku yang berada di situ menjadi pilihanku.
Aku memandang langit yang gelap.
Hujan renyai-renyai mula turun.
Hoseok duduk di sebelahku dengan muka masam.
" Wahai tuan puteri cantik jelita, maafkan la patik kerana melukai hati tuan puteri. Sudikah tuan puteri memaafkan patik? "
Dia dah buat dah dramanya.
Aku memandang Hoseok yang sengaja mengesat air mata palsunya dengan lengan baju.
" Yela...saya maafkan. Tapi..."
Ayatku tergantung apabila kepalaku terasa sakit dan aku mula rasa mengantuk sedari tadi.
" Tapi apa? "
Dahi Hoseok berkerut.
Aku melentokkan kepala yang terasa sakit di bahu Hoseok.
" Penat eh? Takpe takpe. Hari ni kita naik bas memandangkan hujan dan awak penat. "
Aku memejamkan mata membiarkan Hoseok membebel seorang diri.
YOU ARE READING
[ Completed ] Sick | Jhope |
Fanfiction" Parah. Awak menghidap sejenis penyakit yang mungkin tiada penawarnya. " sambung doktor Song. Aku terkedu. Aku mula kecut. " P-penyakit ap-a ? " tanyaku takut. Setiap penyakit, pasti ada penawarnya. Target 🎯: ++100 chapter Start : 10 February...