[ 106 ]

1.5K 147 1
                                    

" Betul awak tak ingat? "

Aku angguk dengan wajah polos.

Mulut Hoseok mula memuncung.

" Sedih la saya macam ni sebab awak tak ingat. "

Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

Semalam hari lahirku.

Kemudian hari ni hari apa pula?

Hoseok melepaskan keluhan selepas beberapa ketika apabila aku hanya mendiamkan diri.

Hoseok tenung mata aku sedalam mungkin.

Aku pula yang gugup.

Hoseok segera palingkan wajah dan panggil pelayan.

Pelayan tadi datang bersama sebuah pinggan yang bertutup ke meja kami.

Pinggan tersebut diletakkan di hadapanku.

Penutup pinggan dibuka.

Di atas pinggan tersebut hanya terdapat sekeping kad ucapan.

Aku mencapai kad ucapan tersebut lantas isinya dibaca.

Mataku mula membulat.

Hoseok yang sedang merenungku dipandang.

Betul ke?!

[ Completed ] Sick | Jhope |Where stories live. Discover now