Hoseok menarik tanganku menjauhi kawasan rumah hantu.
" Seokkk...awak okay ke? "
Hoseok pandang aku dengan kerutan di dahi.
Dia menarik tanganku supaya berjalan di sebelahnya.
" Kenapa tanya? Seok okay je. "
" Tadi muka awak pucat masa dalam rumah hantu. Awak sakit ke? "
Aku terus lekapkan tangan aku kat dahi dia.
Hoseok tersenyum sebelum menolak lembut tangan aku.
" Hoseok okayyyy....jangan risau eung? "
Aku memandangnya tidak percaya.
Tiba-tiba sengihanku terbit.
" Hoseok takut ehhh....."
" M-mana ada! Nampak tak tadi Seok marah Samara tu hah? " balas Hoseok sedikit gugup.
Aku sudah menahan tawa.
" Rin tahu Seok takut sebenarnya walaupun tak menjerit. Rin nampak mulut Seok terkumat-kamit berdoa dalam rumah hantu tadi. Hehehe. "
" Kan? "
Tawaku terus meletus agak kuat sebaik sahaja melihat reaksi muka Hoseok yang seakan mengiakan kata-kataku.
" Berhenti la ketawa..."
Hoseok memuncung.
" Okay okay. Rin berhenti. Hehehe. "
" Lepas ni nak pergi mana? " tanya Hoseok setelah tawaku berhenti.
Aku memerhati sekeliling.
Hurmmm...
Permainan apa yang aku teringin sangat nak main ya?
😏
YOU ARE READING
[ Completed ] Sick | Jhope |
Fanfic" Parah. Awak menghidap sejenis penyakit yang mungkin tiada penawarnya. " sambung doktor Song. Aku terkedu. Aku mula kecut. " P-penyakit ap-a ? " tanyaku takut. Setiap penyakit, pasti ada penawarnya. Target 🎯: ++100 chapter Start : 10 February...