[ 29 ]

2.1K 325 5
                                    

" Saya sakit hati dengan sindiran Yoongi. "

" Dia tak patut cakap macam tu pada awak. "

Aku tersenyum kecil melihat wajah cemberut Hoseok.

Nampak seperti kanak-kanak merajuk tak dapat apa yang dia mahu.

" Gwaenchana. Saya okay je. " pujukku cuba menyejukkan hatinya.

" Memang salah saya. Saya tak ingat hari lahir awak. Hadiah pun takde. Maafkan saya. " sambungku lirih.

" Ani. Dapat tahu awak dah sembuh pun sudah cukup buat saya sangat gembira. " balas Hoseok dengan senyuman.

Aku turut tersenyum membalas senyumannya.

Beg kertas yang berada di sisiku diambil dan dihulur pada Hoseok.

Hoseok menyambut huluran itu bersama kerutan di dahi.

Lipatan beg kertas itu dibuka sebelum dia melihat isi di dalamnya.

Aku menggigit bawah bibirku apabila Hoseok tidak menunjukkan sebarang reaksi.

Macam mana ni?!

[ Completed ] Sick | Jhope |Where stories live. Discover now