" Hari tu masa Hoseok tidur rumah aku...aku ada dengar Hoseok telefon Yu Rim tu. " ujar Jimin.
Jungkook menyiku lengan Jimin agar menyedari keterlanjurannya berbicara.
" Entah-entah Hoseok suka dia?! " kata Taehyung.
Semua dah pandang Taehyung tajam membuatkan Taehyung menggaru kepalanya sambil tersengih kekok.
Adakah ia benar?
Hoseok mula berubah hati?
Kalau benar...maksudnya apa?
Air mata aku mula bertakung di tubir mata.
Semua terkedu.
Aku mula menangis.
Sakitnya dada.
Hati ini lagi sakit berbanding sakit di kepala ketika ini.
" Kau tengok! Kau yang buat dia menangis. " marah Yoongi.
Jimin dan Taehyung menggaru kepala yang tidak gatal.
" Alahh alaahhh Rin...jangan la menangis. "
Jimin cuba memujuk.
" Kita makan ya...sedap ni Jin masak...aaaaaaaaa..."
Jimin sudah menyudu nasi bersama ikan masak stim lalu disua ke mulutku.
Aku menggeleng tanda tidak mahu.
Aku masih menangis.
" Ayorkkk tak tahu...kau orang buat Hae Rin nangis..."
" Hae Rin! Hae Rin! Tae nak tunjuk satu gambar! "
Aku angkat kepala.
Taehyung hulur telefonnya.
Insta?
" Ni gambar Tae dengan sepupu. Hensem kan sepupu Tae? "
Aku pandang Taehyung dengan muka tanda tanya.
" Apa punya modal pujuk la kau ni Tae..." ejek Jimin.
" Shhhhh..kita tengok siapa menang. " ujar Jungkook.
" Kalau Rin dah tak nangis...Tae janji Tae kenalkan Rin dengan sepupu Tae. Tinggalkan Hoseok sorang-sorang. Padan muka dia! Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah...haaaaa..."
Taehyung jongket-jongket kening.
Aku yang pada mulanya ingin menangis semula, akhirnya ketawa.
" Aduhhh Tae...lawak la. "
" Macam ni kau pujuk perempuan? Begitu mudahnya?! " rungut Jimin.
Taehyung dah buat muka bangga.
Sebenarnya lebih kepada derp face. 😂
Namjoon tiba-tiba sahaja keluar dari bilik.
Kami semua pelik.
YOU ARE READING
[ Completed ] Sick | Jhope |
Fanfiction" Parah. Awak menghidap sejenis penyakit yang mungkin tiada penawarnya. " sambung doktor Song. Aku terkedu. Aku mula kecut. " P-penyakit ap-a ? " tanyaku takut. Setiap penyakit, pasti ada penawarnya. Target 🎯: ++100 chapter Start : 10 February...