[ 8 ]

2.7K 409 21
                                    

Hujan.

Aku suka hujan.

Aku memandang sekeliling.

Tiada orang.

Aku melangkah ke taman rumah dengan berkaki ayam memijak rumput yang lembap dan basah.

Aku mendongak membiarkan air hujan yang lebat menyentuh pipi dan wajahku.

Tangan didepakan merasa nikmatnya dibasahi air hujan.

Aku berpusing-pusing sambil tersenyum kerana rasa seronok.

Sudah lama tak senyum.

Tiba-tiba ada satu tangan memeluk pinggangku.

Perlakuanku terus terhenti.

Wajah Hoseok yang tersenyum manis memenuhi ruang mata.

Aku terpaku.

Ini kali pertama aku terpaku melihat wajahnya dalam hujan.

Tangan kanan Hoseok naik menggenggam tangan kiriku.

Tangan kirinya membawa tangan kananku supaya memegang bahunya.

Kemudian tangan kirinya jatuh pada pinggangku.

Hoseok suka menari.

Sangat suka menari.

Jadi sekarang aku sedang menari dengannya.

Aku menari mengikut langkahnya.

Selalunya aku lihat dia menari bebas.

Kali ini dia menari seperti di majlis tari menari yang selalu orang lakukan.

Jazz? Tango ?

Apa-apa sahajalah.

Kenapa aku terpukau?

[ Completed ] Sick | Jhope |Where stories live. Discover now