[ 6 ]

2.8K 424 9
                                    

" Hae Rin. " panggil seseorang.

Aku menoleh ke belakang.

Beberapa pelajar perempuan sedang memandangku sinis.

" Kau dengan Hoseok ada apa-apa ke? " tanya salah seorang daripada mereka.

Aku tidak mengendahkan.

Pandanganku menghala ke luar tingkap semula.

Suasana di dalam kelas bising kerana para guru sedang bermesyuarat.

" Hae Rin ada kes bunuh adik dia sendiri sebab marah dan cemburu. "

" Kemudian selepas itu, eomma appa Hae Rin kemalangan masa hantar adiknya ke hospital. "

" Hae Rin terpaksa duduk dengan Hoseok sebab keluarga Hae Rin banyak hutang dengan appa Hoseok. "

" Macam jual anak la kan? "

" Pastu aku dengar Hae Rin khianat kawan dia. "

" Sebab tu dia takde kawan. "

" Lemah. "

" Tak guna. "

" Murah. "

" Perampas. "

" Satu keluarga tak guna. "

Aku menghentak meja.

Aku boleh terima hinaan mereka tapi aku tak boleh terima bila keluargaku dihina sekali.

Aku memandang mereka tajam.

Mereka berjalan mendekati aku.

Dua orang daripada mereka memegangku.

Ketua mereka menampar pipiku beberapa kali sebelum mereka mengambil pen marker lalu menconteng wajahku.

Satu kelas menghamburkan tawa.

Satu kelas.

Semua pelajar berjalan keluar dari kelas untuk ke padang apabila loceng berbunyi.

Aku terduduk lemah di kerusiku.

Tiba-tiba kerusi sebelahku ditarik.

Aku mengangkat kepala memandang gerangan yang duduk di sebelahku.

Sapu tangan dikeluarkan dari poketnya lalu wajahku yang diconteng dibersihkan.

Hoseok tersenyum melihat aku yang hanya memerhatinya.

[ Completed ] Sick | Jhope |Where stories live. Discover now