Aku terjaga dari tidurku.
Jam di dinding bilik aku pandang.
6:50 a.m.
Aku ingin bangun dari baringan.
Namun ada sesuatu yang menarik perhatianku.
Bunyi dengkuran halus yang datang dari sofa yang berada di tepi tingkap.
Dengan bantuan cahaya lampu dari luar tingkap , aku berjalan ke arah sofa.
Hoseok sedang tidur.
Wajahnya bersih dan suci.
Tenang sekali.
Aku menggeleng.
Bukan sekali dia tidur di dalam bilik aku.
Sudah acap kali.
Nasib baik tidur atas sofa.
Aku berjalan ke bilik air untuk bersiap ke sekolah.
Aku keluar dari bilik air dengan pakaian seragam sekolah yang sudah lengkap.
Aku terkaku di hadapan pintu bilik air apabila Hoseok berdiri dekat denganku.
Aku menjongket kening.
Mengigau?
Kerana mata Hoseok tertutup.
Aku terpaku apabila dahiku terasa hangat apabila dicium oleh Hoseok.
Hoseok tersenyum dan berjalan keluar dari biliknya untuk bersiap ke sekolah.
Fish.
Dia buat lagi?
YOU ARE READING
[ Completed ] Sick | Jhope |
Fanfiction" Parah. Awak menghidap sejenis penyakit yang mungkin tiada penawarnya. " sambung doktor Song. Aku terkedu. Aku mula kecut. " P-penyakit ap-a ? " tanyaku takut. Setiap penyakit, pasti ada penawarnya. Target 🎯: ++100 chapter Start : 10 February...