[ 120 ]

1.5K 130 6
                                        

Tanganku digenggam sudah bersedia untuk mengetuk pintu.

Tapi aku masih berkira-kira untuk lakukannyq atau tidak.

Akhirnya pintu diketuk perlahan.

" Masuk. "

Tombol pintu dipulas.

Sebaik sahaja pintu dibuka, mataku berlaga dengan sepasang mata milik Hoseok sebelum dia mengalihkan pandangan pada telefon semula.

Aku berjalan ke katil Hoseok.

" Seok sihat? "

" Hmmm..."

Hoseok hanya menggumam.

" Kem hari tu best tak? "

" Boleh la..."

Aku kehilangan kata-kata lepas dengar nada suara Hoseok yang malas menjawab soalanku.

Aku teringat sesuatu.

Aku terus pandang kaki dia.

Tapak kakinya berbalut disebabkan luka tertusuk duri ranting tempoh hari.

" Seok...kaki awak dah okay ke? " tanyaku sambil tangan cuba menyentuh balutan di kakinya.

Hoseok segera menarik kakinya.

Aku agak terkejut tapi riakku cuba disembunyikan.

[ Completed ] Sick | Jhope |Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang