Hoseok POV
Aku berjalan ke kelas Hae Rin dengan perasaan resah dan bimbang.
Tadi sewaktu di kantin, aku tidak nampak kelibat Hae Rin langsung.
Bila ditanya kepada rakan-rakannya, mereka mengatakan bahawa Hae Rin tidak sihat dan nampak pucat sejak pagi tadi.
Aku resah.
Memang sejak dua hari ni, Hae Rin tak selera makan dan tidak banyak bercakap.
Mungkin benar.
Pasti ada kaitan dengan surat tempoh hari.
Aku melajukan langkah kerana bimbang sekiranya Hae Rin pengsan di dalam kelas.
Aku terdengar jeritan atau tengkingan dari jauh.
Sebaik sahaja aku sampai di kelas Hae Rin, kelihatan Hae Rin sedang membelakangi pintu.
Kelihatan Jinyoung cuba menghampiri Hae Rin.
Baru sahaja aku ingin menyelamatkan Hae Rin dari diganggu Jinyoung, Hae Rin tiba-tiba sahaja longlai dan tidak sedarkan diri.
Mujur aku sempat menyambut tubuh Hae Rin dari jatuh ke lantai.
" Hae Rin! "
Aku segera membawa Hae Rin ke bilik kesihatan diekori Jinyoung.
Aku cuba menahan sabar.
Aku akan selesaikan masalah dengan Jinyoung selepas ini.
Yang penting ketika ini, Hae Rin perlu dirawat dengan segera!

YOU ARE READING
[ Completed ] Sick | Jhope |
Fanfic" Parah. Awak menghidap sejenis penyakit yang mungkin tiada penawarnya. " sambung doktor Song. Aku terkedu. Aku mula kecut. " P-penyakit ap-a ? " tanyaku takut. Setiap penyakit, pasti ada penawarnya. Target 🎯: ++100 chapter Start : 10 February...