Aku keluar dari bilik kaunseling.
Lagi.
Kali ini disebabkan aku disabotaj membuat penganiayaan terhadap guru kelasku.
Aku segera berjalan pulang ke rumah.
Hoseok mempunyai perjumpaan kelab.
Dia ada berpesan supaya aku menunggunya.Tapi aku mahu pulang awal.
Baru sahaja kakiku melangkah keluar dari pagar sekolah, aku dibaling oleh sesuatu.
Tiba-tiba kepala dan wajahku terasa melekit.
Telur?
Aku memandang beberapa pelajar yang sedang ketawa mengejek padaku.
Aku segera berjalan pulang ke rumah.Masuk sahaja ke rumah, aku terus mendaki tangga.
Tidak mahu Pn. Jung menyoalku
Aku menukar pakaian dan duduk di sofa tepi tingkap.
Aku mula termenung.
Sudah hampir 3 tahun eomma dan appaku pergi meninggalkan aku.
Hae Jin juga dah tinggalkan aku 3 tahun.
Sudah hampir 3 tahun juga aku terikat duduk di dalam rumah ini.
Sudah hampir 3 tahun juga aku terikat dengan sebuah hubungan.
Aku melentokkan kepalaku dan termenung.
YOU ARE READING
[ Completed ] Sick | Jhope |
Fanfiction" Parah. Awak menghidap sejenis penyakit yang mungkin tiada penawarnya. " sambung doktor Song. Aku terkedu. Aku mula kecut. " P-penyakit ap-a ? " tanyaku takut. Setiap penyakit, pasti ada penawarnya. Target 🎯: ++100 chapter Start : 10 February...