" Awak!!! bila awak beli ni?! macam mana awak tahu saya nak sangat bungeoppang ni?! "
Keterujaan Hoseok membuatkan aku lega.
Hoseok mengeluarkan bungeoppang berbentuk ikan kap itu lalu digerakkan tangannya seperti ikan itu hidup.
Aku tertawa kecil.
Comelnya perangai Hoseok.
Tiba-tiba tawaku mati apabila terasa ada sesuatu yang mencium pipiku.
Aku memandang Hoseok yang sengaja mendekatkan mulut ikan kap itu ke pipiku persis mencium.
Hoseok tersengih.
" Kotor la awak. " tegurku lalu mengelap pipiku.
" Hehe. Takpe. Saya takkan sakit perut punya sebab ikan ni dah puas cium pipi awak. Hahahaha. " balas Hoseok lalu ketawa.
Aku hanya menggeleng melihat perangainya.
" Saya makan eh? "
Aku sekadar mengangguk.
Hoseok menggigit bungeoppang berinti kacang merah itu.
" Bila awak beli ni? " tanya Hoseok dengan mulut penuh.
Jariku mengelap hujung bibir Hoseok yang sedikit comot.
Kemudian dahiku berkerut.
Takkan dia tak ingat?
" Masa saya hilang tu. " balasku.
" Ahhh...mian. Saya lupa sebab risau sangat tadi. Hehehe. " katanya bersama sengihan.
" Gomawo awak..." ucap Hoseok.
Pipiku terasa membahang sebaik sahaja sebuah ciuman hangat singgah di pipi kananku.
Hoseok tersenyum manis sebelum menyambung makan.
![](https://img.wattpad.com/cover/88795200-288-k845242.jpg)
YOU ARE READING
[ Completed ] Sick | Jhope |
Фанфик" Parah. Awak menghidap sejenis penyakit yang mungkin tiada penawarnya. " sambung doktor Song. Aku terkedu. Aku mula kecut. " P-penyakit ap-a ? " tanyaku takut. Setiap penyakit, pasti ada penawarnya. Target 🎯: ++100 chapter Start : 10 February...