[ 22 ]

2.3K 346 17
                                    

Saengil chukka hamnida~
Saengil chukka hamnida~
Saranghaneun uri Jung Hoseok~
Saengil chukka hamnida~

[ mian kalau salah eja. Haha ]

Semua bertepuk tangan setelah menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir.

Jin mengeluarkan sebuah kek dari dapur.

Hoseok memotong kek setelah meniup lilin.

" Hae Rin-ssi~ "

Aku tersedar dari lamunan apabila namaku dipanggil.

Hoseok menggamitku supaya berdiri di sebelah.

" Aaaaa..."

Hoseok menyua sepotong kecil kek ke mulutku.

Semua mata memandangku.

Termasuk Yoongi.

Hendak tidak hendak, aku menyambut jua suaan itu.

Hoseok tersenyum manis melihat pipiku yang memerah.

Krim dijarinya tadi dijilat sambil tersenyum.

" Yeay! Dah boleh makan kek! "

" Hae Rin! Jom makan kek! " ajak Jungkook.

Aku mengangguk faham dengan senyuman.

" By the way, Seok. Kita orang ada hadiah untuk kau. Tunggu jap. " ujar Jimin.

Jimin berlari ke tingkat atas dan turun dengan sebuah kotak berbalut cantik.

" Ni hadiah daripada kami semua. " kata Namjoon sambil berpeluk tubuh.

" Gomawo korang. Aku terharu sangat. " balas Hoseok pura-pura lap air mata.

Mereka semua hanya ketawa.

Aku tersenyum kecil.

" Hae Rin. Awak bagi hadiah apa kat Hoseok? " tanya Taehyung.

Aku terkedu.

" Errr...arrr...s-saya...ermm..."

Aku mula ligat mencari jawapan.

Aku baru sahaja sedar hari ini hari lahir Hoseok.

Jadi, aku tidak menyediakan apa-apa.

Wajah Hoseok yang masih tersenyum dipandang resah.

" Dia bagi hadiah? Huh. "

Suara itu membuatkan semua berpaling memandang Yoongi termasuk aku.

" Dia nak bagi hadiah macam mana kalau dia sendiri tak ingat hari lahir Hoseok bila. Kan? "

Aku terkelu.

Aku menunduk memandang jari-jemariku sendiri .

" Aku tak faham kenapa kau masih di sisi Hoseok kalau kau menyampah dengan dia. " sindir Yoongi lalu bangun dari sofa dan berjalan keluar untuk mengambil angin.

Semua terdiam.

Jimin bangun untuk mengekori Yoongi.

Dia sempat memberi isyarat kepada mereka semua agar menyerahkan Yoongi padanya.

Aku pula sedari tadi cuba menahan sebak.

Mataku terasa pedih dan berat.

Bagai ada air yang perlu ditampung.

Tanganku yang menggenggam hujung baju sedari tadi dicapai dan digenggam Hoseok.

" Jin-ah. Gomawo sebab masak untuk aku. Sedap sangat makanan tadi. " ujar Hoseok cuba menceriakan suasana.

" alahhh...biasa-biasa je. Well~ Kim Seok Jin right..." balas Jin meniup kukunya lagak diva.

" Gomawo juga kepada kau orang yang bagi hadiah. Kek tu kau orang buat sendiri ke? "

Aku hanya memandang Hoseok yang sudah mula rancak bersembang.

Hatiku dihuni rasa bersalah dan sedih.

[ Completed ] Sick | Jhope |Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang