[ 129 ]

1.5K 129 8
                                    

Taehyung, Jimin dan Jungkook bergelak ketawa menonton televisyen.

Sementara aku mula menyuap nasi ke mulut.

" Weyh. Hoseok ada cakap nak datang? "

Aku hanya memerhati Namjoon dan Jin berbisik.

Aku cuba tak hiraukan.

" Rin, Seok ada datang tak? " tanya Yoongi di kerusi bersebelahan dengan katilku.

Alahhh...potong selera la.

Aku letak sudu.

" Entah la...aku ingat dia ada dengan kau orang. " balasku perlahan.

" Kau orang gaduh besar ke? "

Aku melepaskan keluhan berat.

Gaduh besar apanya sedangkan aku tak cakap apa-apa pun pada dia.

" Rin takde tanya apa-apa pada Hoseok? " sampuk Jimin ingin tahu.

Eh? Tadi sibuk tengok tv.

Sekarang, semua dah kerumun aku.

" Nak tanya macam mana...sedangkan saya susah nak jumpa dia. Dia pun tak nak jumpa saya...."

Semua terdiam.

" Aku pelik juga sebab Namjoon pun kena tempias sama. "

Aku pelik.

" Kenapa pula? "

" Lepas sahaja dia balik kem...dia dingin dengan Namjoon. Tak tahu kenapa. " ujar Jungkook.

Aku terdiam.

Hati rasa sebak.

" Saya tak tahu apa salah saya sampai dia layan saya macam ni..."

" Hari tu dia suruh saya pulangkan jam yang sepasang dengan jam dia..."

" Dia kata tak nak orang fikir kami ada hubungan..."

" Kemudian...kau orang ada kenal perempuan nama Rim? "

" Yu Rim? "

" Dia ketua pelajar sekolah perempuan Eun Hwa. "

" Cantik dan digilai ramai lelaki terutama dari sekolah lelaki seberang. "

Aku terkedu.

Apa maksud semua ini?

[ Completed ] Sick | Jhope |Where stories live. Discover now