Hoseok memandangku dengan pandangan tajam.
Aku meneguk air liur yang terasa seperti pasir ketika ini.
Takut.
Hoseok melepaskan pegangan tanganku dan berlalu pergi.
Tinggalkan aku terpinga-pinga.
" Mian pasal tadi. Terima kasih. Saya balik dulu. " ujarku menunduk sedikit.
Jinyoung mengangguk mengerti.
Aku cuba mengejar langkah Hoseok yang laju.
Tangan Hoseok segera dicapai supaya dia berhenti.
" Hoseok-ah..."
Akhirnya langkah Hoseok berhenti.
Namun dia masih tidak mahu memandangku.
" Seok-ahh...awak okay? "
" Awak marah saya ke? "
" Saya minta maaf. "
Lengan Hoseok digoncang perlahan.
" Dia cuma tolong saya sebab saya nak jatuh. Ada pelajar tertolak saya. "
" Jujur saya takde apa-apa dengan dia. "
" Awak sendiri tahu kan saya kena teman dia selama dua minggu supaya dia selesa kat sekolah baru. "
" Hoseok-ahhh...say something...."
Air mataku sudah berjuraian membasahi pipi.
Tanganku menggenggam tangan Hoseok erat.
Hoseok akhirnya berpaling memandangku.
Wajahnya tidak sebengis tadi.
Tangan Hoseok naik menyeka air mataku.
" Uljimaaa..."
Aku mendongak memandangnya bersama air mata yang masih mengalir.
" Jangan risau...saya faham..."
Tangannya jatuh pada lengan bajuku dan ditepuk lembut.
Dahiku berkerut.
" Eeee...geram je tengok tadi dia sentuh lengan baju awak walaupun berlapik dengan baju kan...eeeee...Hoseok tetap tak boleh melihatnya. "
" Biar saya bersihkan. Eeee..kotor...eeee.." bebel Hoseok sambil menayangkan muka geli.
Aku menahan tawa.
Comelnya dia marah dengan mimik muka yang acah garang plus geli.
YOU ARE READING
[ Completed ] Sick | Jhope |
Fanfiction" Parah. Awak menghidap sejenis penyakit yang mungkin tiada penawarnya. " sambung doktor Song. Aku terkedu. Aku mula kecut. " P-penyakit ap-a ? " tanyaku takut. Setiap penyakit, pasti ada penawarnya. Target 🎯: ++100 chapter Start : 10 February...