Aku berjalan ke bilik guru bersama pelajar baru di belakang.
Jantung aku sedari tadi berdegup kencang.
Haih. Aku tak tahu kenapa.
Pintu bilik guru ditolak dan aku memboloskan diri terlebih dahulu.
Kaki melangkah ke meja Pn. Han.
" Selamat pagi cikgu. " tegurku sedikit menunduk.
Pelajar baru itu juga buat benda yang sama.
" Haaa...datang pun kamu Hae Rin, Jin Young. "
" Jin Young...macam mana dengan kawan-kawan sekelas? "
" Setakat ni semua okay, cikgu. "
Terangguk-angguk Pn. Han mendengar jawapan Jin Young.
" Kenapa cikgu minta saya jumpa cikgu ya? " tanyaku segera.
" Ouh lupa. Saya nak minta kamu bawa Jin Young mengelilingi sekolah. Tunjukkan sekolah kita macam mana. "
Mataku sudah membulat.
What?
Bukan ke itu kerja ketua pelajar?
" Ini adalah permintaan sekolah. Kamu mesti bersama dia selama 2 minggu supaya dia selesa. ermmm...tolak cuti, 10 hari. "
Apa?!
10 hari?!
Ke mana-mana sahaja dengan dia?
" Boleh tak Hae Rin? "
" Aaa--boleh boleh. " balasku kekok.
" Baiklah. Terima kasih. Kamu boleh pergi rehat sekarang. Jin Young, ikut Hae Rin ya. "
Aku menunduk sedikit untuk meminta diri.
Ikut aku?
Ingat kau tu adik-adik ke nak ikut aku ke mana sahaja?!
YOU ARE READING
[ Completed ] Sick | Jhope |
Fanfiction" Parah. Awak menghidap sejenis penyakit yang mungkin tiada penawarnya. " sambung doktor Song. Aku terkedu. Aku mula kecut. " P-penyakit ap-a ? " tanyaku takut. Setiap penyakit, pasti ada penawarnya. Target 🎯: ++100 chapter Start : 10 February...