Aku berjalan di belakang eomma dengan malu-malu.
Ramai pula kawan eomma ni.
Aku mengekori eomma ke mana sahaja.
Eomma berhenti, aku berhenti.
Eomma berpaling memandangku yang nampak kekok.
Tangannya mencapai tanganku lalu digenggam lembut.
" Jangan risau eung? Eomma kan ada. " ujar Pn. Jung bersama senyuman.
Aku melemparkan senyuman manis sebagai balasan.
Tanganku membalas genggaman eomma.
Eomma membawa aku ke arah sekolompok wanita yang nampak seperti lingkungan umur eomma.
" ni Hae Rin yang kau selalu cerita tu? "
" Omo. Areumdawo~ "
" Yeppeuda.."
" Cantiknya Hae Rin..."
Pn. Jung hanya tersenyum bangga.
" Boleh la kenalkan dengan anak lelaki aku..."
Aku hanya tersengih kekok.
Anak lelaki?
Aku memandang eomma.
" Tak boleh. " balas Pn. Jung dengan muka serius.
" Ni mesti Hoseok dah cop dulu kan..."
Eomma sudah tersenyum penuh makna.
Pipiku berona merah.
Semua hanya ketawa melihat aku tersipu-sipu malu termasuk eomma.
Seriously guys. Kat sini takde idea.
Hahahahahha
YOU ARE READING
[ Completed ] Sick | Jhope |
Fanfiction" Parah. Awak menghidap sejenis penyakit yang mungkin tiada penawarnya. " sambung doktor Song. Aku terkedu. Aku mula kecut. " P-penyakit ap-a ? " tanyaku takut. Setiap penyakit, pasti ada penawarnya. Target 🎯: ++100 chapter Start : 10 February...