[ 60 ]

2K 249 10
                                    

Aku menongkat dagu memandang kantin yang dipenuhi pelajar.

Hoseok meletakkan sebotol banana uyu di atas meja.

Aku hanya memerhati Hoseok mengambil tempat di hadapanku.

Dia meletakkan dua bekas makanan lalu penutupnya dibuka.

Kimbap.

Ayam goreng bersama pencecah.

" Boleh tak saya rehat dengan kawan-kawan saya? " tanyaku ketika Hoseok sibuk membetulkan penyepit di tangan.

Perbuatan Hoseok terhenti.

Mukanya muram.

Tapi buat seketika sahaja.

" Tak boleh. " balas Hoseok lalu mula menyepit makanan.

" Alaaa...awak pergi la rehat dengan geng awak tu..." rungutku.

Hoseok buat-buat tidak dengar.

Makanan disuap ke mulutnya.

Aku mengeluh.

Hoseok menyua makanan ke mulutku.

Aku menggeleng tidak mahu.

Hoseok meletakkan semula makanan ke dalam bekas.

Wajahnya mendung semula.

" Saya dah lama tak rehat dengan awak. Kebelakangan ni awak selalu pergi sekolah dengan kawan-kawan awak. "

" Saya baru je turun ke bawah, awak dah ke sekolah. "

" Saya sedih la. "

" Bila saya balik sekolah, kadang-kadang awak belum balik. "

" Eomma pun selalu sengaja tak nak jawab kenapa awak macam mengelak. "

" Wae? Apa awak bagi kat eomma huh?"

Aku menahan tawa apabila mendengar kata-kata Hoseok yang geram dan tidak puas hati terhadapku itu.

Bukan aku sengaja , sayang.

Tahu tak aku masih malu dengan apa yang kau cakap hari tu.

" yelah yelah...saya minta maaf. Dah, makan. "

" Jangan nak buat muka sememeh macam tu. Lap hingus tu. Jatuh dalam kimbap, saya tak nak makan tau. " kataku lalu ketawa.

Hoseok menjeling sebelum tersenyum.

[ Completed ] Sick | Jhope |Where stories live. Discover now