[ 25 ]

2.1K 324 12
                                    

Aku mengeluh perlahan.

Selepas makan malam tadi, Hoseok terus masuk ke biliknya.

Eomma dan appa keluar selepas meraikan hari lahir Hoseok kerana mempunyai majlis rasmi.

Hoseok juga lebih banyak mendiamkan diri ketika menyambut hari lahirnya bersama eomma dan appa sebentar tadi.

Adakah Hoseok terasa hati kerana aku lupa tentang hari lahirnya?

Atau masih marahkanku kerana menghilang begitu sahaja petang tadi?

Pelbagai persoalan bermain di mindaku.

Bungeoppang yang sudah sejuk di dalam beg kertas di atas meja belajar dipandang.

Sepatutnya bungeoppang itu diberi petang tadi ketika masih panas.

Tetapi disebabkan takut melihat Hoseok yang serius, bungeoppang itu masih di dalam bilikku.

Setelah puas aku bermundar-mandir di tepi katil, akhirnya aku mencapai beg kertas itu lalu berjalan keluar dari bilik.

Pintu bilik Hoseok yang tertutup rapat dipandang.

Aku masih berkira-kira ingin mengetuk atau pun tidak.

Nafas dilepaskan untuk menenangkan hati ini.

Dengan tangan yang masih teragak-agak, pintu diketuk.

Tukk tukk

[ Completed ] Sick | Jhope |Where stories live. Discover now