Aku memandang resah sekujur tubuh yang masih belum sedarkan diri.
Kuat sangatkah hentakan di kepala Hoseok?
Aku menjadi semakin gelisah memikirkan satu kemungkinan.
' Kalau dia amnesia sebab aku macam mana? '
Halah...cliche betul asyik nak amnesia.Hahahaha.
Tangan Hoseok aku capai dan genggam lembut.
" Puas hati kau? "
Aku terkedu mendengar suara itu seraya berpaling ke arah pintu.
Wajah dingin Yoongi memenuhi ruang mata.
Tanpa secalit senyuman.
Seperti selalu.
" Ini yang kau nak kan? "
" Hoseok pergi dari hidup kau? "
Aku menunduk.
" Kau tahu, aku benci kau. "
" Sebab kau, Hoseok dah tak rapat dengan aku. "
" Adakah kau buat macam ni juga pada adik kau dulu? "
Air mata aku tumpah.
Apa yang dia cakapkan itu sangat menghiris hati.
Seperti dihina.
Aku tunduk memandang jari jemariku yang bertaut dengan tangan Hoseok yang dicucuk drip.
" Kalau Hoseok masih tak sedar nanti, I will blame you. "
Selepas itu, terdengar bunyi pintu wad ditutup.
Mungkin Yoongi sudah keluar.
Wajah Hoseok yang berbalut di bahagian kepala dan dahi dipandang.
' Ireona.....'

ANDA SEDANG MEMBACA
[ Completed ] Sick | Jhope |
Fanfic" Parah. Awak menghidap sejenis penyakit yang mungkin tiada penawarnya. " sambung doktor Song. Aku terkedu. Aku mula kecut. " P-penyakit ap-a ? " tanyaku takut. Setiap penyakit, pasti ada penawarnya. Target 🎯: ++100 chapter Start : 10 February...