[ 12 ]

2.6K 400 12
                                    

Aku hanya berdiri kaku di koridor pintu masuk hospital.

Aku berpaling apabila ada seseorang menepuk bahuku.

" Jangan risau. Hoseok yakin Hae Rin dah makin sembuh. "

Hoseok memberi semangat.

Tangannya menggenggam tangan aku dan menarik aku masuk ke dalam bangunan hospital.

Aku sudah biasa ke hospital.

Hoseok selalu menemani aku.

Tapi kali ini aku rasa lain.

Hati aku lebih lapang?

Kenapa aku kena pergi hospital?

Sebab....

Selepas hampir 3 jam aku bertemu doktor Song iaitu doktor yang sering merawatku , Hoseok dipanggil masuk.

" Tahniah. Hae Rin makin sembuh. "

Membulat mata Hoseok.

Hoseok segera memelukku.

Aku hanya kaku.

Pipiku membahang apabila Hoseok mencium pipiku di hadapan doktor Song.

Doktor Song hanya tersenyum manakala Hoseok tersengih.

" Terus bantu Hae Rin sembuh ya Hosok. "

" Nae~ " balas Hoseok ceria.

" Kamsahamnida. " ucap Hoseok lalu menunduk hormat.

Hoseok menarik aku keluar.

Tanggannya tidak lepas menggenggam tanganku.

" Jom kita pergi makan kek nak?! Kita raikan Hae Rin dah makin sembuh! "

Berkerut dahiku.

Belakang tapak tanganku dibawa ke dahi Hoseok.

Hoseok tersengih.

" Saya dah sembuh lepas tahu awak dah makin sihat. "

Aku tersenyum.

Terasa gembira.

Mungkin inilah penawarnya.

Penawar yang aku cari-cari selama ini.

[ Completed ] Sick | Jhope |Where stories live. Discover now