[ 101 ]

1.6K 160 5
                                    

Aku memerhati sekeliling taman tema.

Ramai pengunjung yang datang.

Rata-rata yang datang ialah keluarga, kawan-kawan dan pasangan kekasih.

Haih.

Mana Hoseok nih?

Kata pergi tandas tapi dekat 15 minit tak datang balik.

Aku dah resah.

Aku meliarkan pandangan mencari kelibat Hoseok.

Akhirnya Hoseok muncul bersama sesuatu di tangannya.

Aku hanya memerhati Hoseok berjalan ke arahku.

" Nah! "

Hoseok menghulurkan sesuatu kepadaku.

" Wahhh! Gun goguma! "

Hoseok sudah tersenyum dengan keterujaanku.

Dia mengambil tempat di sebelahku.

Gun goguma yang masih panas dan berasap dipandang tidak sabar.

" Rin nak! Rin nak! "

" Sabar sayang...bagi Seok tiup dulu. Panas nihhh..."

Aku hanya tersengih.

Hoseok mengembungkan pipinya lalu meniup lembut ubi bakar itu.

Aku sekadar memerhati.

Comel pulak lahai.

Aku cucuk-cucuk pipi dia yang kembung tu dengan jari telunjuk.

Hoseok masih meniup tanpa rasa terganggu.

Aku pula masih tidak mengalah main dengan pipi dia.

Hoseok menghulurkan ubi itu selepas beberapa seketika.

" Yeay!!! Dapat makan! "

Aku perlahan-lahan menggigit ubi itu dengan nikmat.

Hoseok sekadar memerhati.

Senyumannya terukir kerana seronok melihat aku berselera.

" Makan slow-slow sayang...nanti tercekik. " pesan Hoseok sambil mencubit lembut pipiku.

Aku mengangguk laju sambil tersenyum.

Telefon Hoseok berbunyi.

" Jamkkanman...duduk sini tau. Jangan ke mana-mana. "

Aku angguk faham.

Kenapa Hoseok nampak pelik?

Jawab telefon pun macam nak sembunyi je?

[ Completed ] Sick | Jhope |Where stories live. Discover now