ЬДЬ 3 ЬДЬу₴їттёя?

37.9K 492 7
                                    

" what ! "

" shh jangan jerit boleh tak bengit telinga mama tau tak ? " marah mama

" macam mana Hanis tak jerit kalau dah disuruh jaga mamat sengal tu. Ingat Hanis ni babysitter ke ? kalau jaga baby betul takpe jugak ni datuk baby yang Hanis kena jaga " bentakku

Ada ke patut aku yang cun ni disuruh jadi babysitter buaya tembaga tu ?
Tersangatlah tidak patut nak² dengan pakaian lawa aku ni ? Tak nampak macam babysitter tau. Ke ada ?

" Ye memang kamu kena jaga pun abis sape suruh kamu belasah Mikael hm ? " soal mama

" ala Hanis bukan sengaja pun. Ni semua genetik dari mama la brutal sangat abis jatuh saham Hanis " balasku selamba

" Eh mama pula dipersalahkan. brutal2 mama pun papa sayang la huh "

" Ye ke sayang ? " sampuk papa

" Amboi abang dah tak sayang saya ke ?" Soal mama sambil menyinsing lengan baju kurungnya

" eh mestilah saya sayang isteri saya yang cantik manis ni " balas papa pucat

Haha tau takut.

Ha kan aku dah cakap sifat brutal ni genetik dari mama tu baru mama menyising lengan baju pun papa dah takut belum lagi kenaa smackdown dengan mama. Tapi setakat ni belum pernah lagi diorang bergaduh besar or kecil2 depan aku dan abang.
Kalau ada anugerah pasangan mana paling sweet dah tentu parents aku dapat. Confirm . And kalau ada anugerah anak tercantik , tercomel di dunia dah tentu la aku kan. Ahaks. Kibas rambut sikit

" Yang kamu tersengih2 macam kerang busuk ni apasal ? " tegur mama tiba2

erk ? hehe malu kut kena tegur

" Eh mana ada. Hanis bahagia la tengok mama dan papa happy macam ni " cover Hanis jangan tak cover

" Ha tau pun memang kamu patut bersyukur ada parents macam kami ni kan sayang " sokong papa

Mama hanya mengangguk lalu tersenyum.

" bahagia macam mana pun kamu tetap kena jaga Mikael. Titik " arahan yang dikeluarkan oleh mama sebentar tadi mematikan senyumanku.

" Alaa ma , pa takkan la kut. Kesian la dekat Hanis. Hanis muda lagi la. Hanis tak ready lagi " ujarku sedih. Ish air mata ni time ni jugak kau tak nak keluar masa tengok cerita hindustan boleh pula keluar. Desisku dalam hati

Datin Marlia dan Datuk Johan sudah memandang pelik ke arah anak dara mereka
Kemudian mereka saling berpadangan

" kamu ni dah kenapa Hanis ? demam ke ? " soal mama lalu menekap tangannya di dahiku

" Hanis tak demam la " balasku

" Abis yang kamu meroyan macam kena paksa kahwin ni apahal ? " amboi mama dah macam gangster aku nengoknya.

" dah mama paksa Hanis jaga mamat sengal tu " aku menjawab dengan rasa tidak puas hati.

" Hanis sayang dengar sini. Hanis dah besar kan dah pandai jaga diri. Hanis kena bertanggungjawab dengan setiap perbuatan Hanis " mama menasihatiku

" Amboi mamanya. Nasihat dah macam anak kita dah buntingkan anak orang pulak " balas papa

Aku dah bantai ketawa siap tumbuk dinding lagi

" Eh betul la apa saya cakap kan. Yang kamu gelak bagai nak rak ni apasal ? " marah mama

Terus terdiam aku.

" Hanis gelak sebab papa buat lawak la ma. Ada ke patut papa jawab macam tu. Kesian mama. Betul apa mama cakap tadi kan ma " bodekku

Err krik. Krik

The Temptation Of WifeWhere stories live. Discover now