HANIS...
Apakah malang nasibku salah sikit kena tampar. Yang betulnya si bongok Rania. Sikit pun aku tak menyesal mengatakan Rania bongok di hadapan Adam semalam.
Dan Adam sikit pun tak rasa bersalah setelah tiga kali menaikkan tangan ke pipiku yang mulus. Nasib baik tak lebam kalau tak memang aku balas balik.
Aku kini berada di dalam kereta bersama Adam dan Rania. Ni la nasib kalau dah jadi bini tua kena duduk belakang. Aku merenung ke luar jendela kereta. Malas mahu memandang ke hadapan kerana hanya sakit yang aku dapat. Sakit apa lagi kalau bukan sakit hati. Rania asyik bermanja dengan Adam dan Adam melayan dia dengan baik sekali. Siap mencium tangan Rania lagi. Macam la sweet sangat
Sikit pun aku tak heran. Daripada hari pertama mereka berkahwin sampai sekarang kalau tak menunjuk depan aku memang tak sah. Ni Hanis Sofea la hati batu punya
ting.
Satu mesej masuk menerusi aplikasi Whatsapp. Aku segera membacanya
From : Baby Hariz
Sengaja aku meletakkan nama sebegitu.
Hanis? where are you going? bawak beg macam kena halau je? 😂😛
Aku sedikit hairan bagaimana abang boleh tau yang aku keluar rumah bawak beg?
To : Baby Hariz
ha'ah memang kena halau pun 😢😢 macam mana abang tau? Abang stalk Hanis ek? 😱😪
Aku segera membalas mesejnya. Tidak lama kemudian satu lagi mesej masuk
From : Unknown
where are you going sayang? takkan honeymoon bertiga kut? 😧😓
Malaun mana yang mesej aku tak bagi salam ni? Siap kutuk aku lagi tu. Siap kau!
To : Unknown
none of your business 😑😒 kau stalk aku ke apa?
Balas ku kasar. Satu lagi mesej masuk
From : Baby Hariz
I know everything sayang. Bila awak sedih sebab di sisih kan oleh suami sendiri it's hurt me too. You're my baby of course I care about you. I won't let them treat you like that anymore but please bersabar sikit saja lagi
Aku sedikit terharu dengan sikap prihatin abang. Semestinya dia turut merasakan apa yang aku rasa kerana kami kembar walaupun tidak sekepala. Tetapi dia sentiasa menjadi pelindung aku dan tiada seorang pun tahu yang aku mempunyai abang kembar termasuk Rana dan Adam.
To : Baby Hariz
ouch 😍 abang buat Hamis terharu sangat. Thanks for everything Habis akan bersabar selagi mampu thank you sebab support dari jauh. Actually kami nak pindah rumah sebab mommy Adam nak suruh kami berdikari. Bila kita boleh jumpa?
YOU ARE READING
The Temptation Of Wife
RomanceHanis Sofea - berkahwin dengan Adam merupakan kerelaannya sendiri. Namun siapa sangka dia dijadikan boneka Dia dipergunakan. Sakitnya hanya tuhan yang tahu Perkenalan antara dia dan Inspektor Shahrul membibitkan rasa cinta Dia curang? Tak! Dia hany...