Stella pov
Peristiwa ketika kematian papa masih ku ingat. Kerana peristiwa itulah seorang perempuan terpaksa menderita akibat perbuatan mereka bertiga.
Dendam yang disemat oleh mommy iaitu Puan Sri Rokiah makin menjadi². Namun entah mengapa kini dia terasa untuk melupakan segala yang telah berlaku. Kematian orang tua Hanis sudah cukup dia kira tapi mommy terlalu tamak sehingga Hanis dijadikan mangsa seterusnya.
Aku mengelengkan kepala mengenangkan sikap mommy yang kian menjadi².
Walaupun aku bukan anak kandung mereka tapi mereka tetap menyayangi aku malah Rania tidak sedikit pun menyisihkan dia.
Oleh sebab itulah dia mengalah untuk Rania. Percintaannya dengan Adam hanya dua bulan. Adam seorang lelaki yang romantik yang pernah dia kenal. Tapi demi Rania dia sanggup menduakan Adam dengan menjadikan Ashraf sebagai mangsa.
Maka bertambah senanglah rancangan mereka untuk membuatkan Hanis menderita. Gambar dia dan Ashraf dalam keadaan yang tidak sepatutnya dihantar kepada Hanis kerana mereka tahu bahawa Hanis dan Ashraf merupakan pasangan couple sejak dari sekolah menengah lagi.
Cuma Hanis yang tidak mengisi kemasukan ke Universiti yang sama dengan mereka. Mungkin kecewa dengan Ashraf yang meninggalkannya pada hari terakhir persekolahan.
' patut ke aku teruskan rancangan mommy dan Rania ? ' hatiku masih ragu² kerana dia tidak sanggup lagi membuat seseorang semakin terluka .
' Hanis tak patut memderita ! Aku perlu bagi tau Adam perkara yang sebenarnya. Tapi macam mana ? " hati aku berbolak balik.
Aku tak kisah jika mommy dan Rania membuang aku dari keluarga mereka yang penting Hanis selamat daripada menjadi mangsa mommy dan Rania.
' tapi kenapa mommy berdendam sangat dengan Hanis sedangkan parents dia dah takde ' puas memikirkan sebab semua yang terjadi aku menghidupkan laptop lalu menaip surat berhenti kerja.
Ya, aku perlu mulakan langkah sekarang. Dan langkah aku yang pertama adalah dengan menjauhi Adam agar rancangan mommy dan Rania gagal. Kerana hanya aku yang dapat menjayakan rancangan mereka untuk memusnahkan syarikat yang dibina oleh keluarga Adam.
Setelah siap menaip surat aku segera mencetaknya. Perlahan aku bangun dan menuju ke pintu. Namun yang mengejutkan aku adalah Rania turut berdiri di hadapan bilik aku. Aku segera menyorokkan kertas yang baru aku cetak.
" kau nak apa datang sini ? " soalku selamba
" ikut suka hati aku lah dah ofis laki aku kan ? " balas Rania sedikit bongkak
Ye laki kau sekarang tapi masa depan kita tak tau. Aku hanya berkata dalam hati malas mahu bergaduh.
" amboi berlagak nampak sejak kahwin dengan CEO ni " gurauku
Rania kini melangkah masuk ke dalam bilikku. Hati aku sedikit berdebar bimbang jika Rania mengetahui rancangan aku.
" Stella, actually ada benda aku nak bincang " Rania berkata setelah mengambil tempat
" bincang apa lagi ? " soalku malas
Rania memandang aku tepat.
" aku nak kau berhenti kerja dan pergi jauh dari sini. Tempat kau aku akan ganti. Cari your own life. Kau sekarang bebas " ujar Rania tenang
What ?
" apa maksud kau ? " soalku takut jika tembelang aku bocor.
" aku dan mommy tak nak libatkan kau lagi. Kau dah bebas. Kau boleh pergi mana² je yang kau suka yang pasti jangan sesekali kau dekat dengan Adam or Hanis " Rania berkata tegas.
"Apa maksud kau, Rania ?" aku memandangnya hairan
" macam ni lah. Hubungan kita dah terputus sejak kematian papa lagi. Kau hadir dalam family aku pun disebabkan oleh ihsan papa. Sekarang papa dah takde jadi kau faham² lah ye " kata² Rania menyentak tangkai hatiku
" senangnya kau cakap kan ? Kau ingat aku apa ? Hamba korang ? Aku mengalah untuk segala yang kau nak termasuk Adam ! " marahku. Air mata yang kutahan menitis jua.
" tak payah nak emo sangat. Buat malu je orang dengar. Lagi pun nilah masanya kau nak cari balik siapa parents kau kan jangan ingat aku tak tau . " ya memang aku pernah berniat untuk mencari siapa keluarga aku tapi aku batalkan niat aku kerana fikirku bahawa mereka tidak memerlukan aku sebab itu mereka menyerahkan aku kepada keluarga Rania.
" jadi usaha aku selama ni sia² ? Ni yang aku dapat setelah apa yang aku lakukan untuk korang ? Well done ! " ucapku lalu menyapu air mata yang mengalir
" yes ! Kau ibarat hamba kita orang je faham. Dan hubungan antara kita dah terputus " balas Rania lalu bangun dan menuju ke pintu
Sebelum sempat Rania keluar aku sempat berkata²
" thanks a lot. Aku tak akan lupakan jasa kau dan mommy " aku memandang Rania penuh makna
" whatever ? " Rania menjulingkan matanya ke atas tanda dia malas melayan.
' kau tunggu Rania ! Aku dibesarkan dengan dendam dan kau akan dapat pembalasan atas semua perbuatan kau dan mommy ! ' kertas di tangan aku pandang
Tindakan aku betul. Aku tak seharusnya meneruskan rancangan mereka. Dan aku akan pergi jauh seperti mana yang mereka minta tapi jangan ingat yang mereka terlepas dari pandangan aku.
Segala tindak tanduk mereka berada dalam genggaman aku. Mereka tak akan dapat lari jauh dari aku. Aku akan pastikan segala perbuatan mereka terbalas.
Dendam dibalas dengan dendam
**********
Hai gaiss ? Tq for ur vote n comment mna yg silent reader tu rsa crita I tk mnarik jgn bca awl² ye 😆😆
Mna yg free blh follow I dkt instagram xxoknyeoxx 😜😜
nk suh I fllow blik bleh cmment ye @ personal msj I 😍😍

YOU ARE READING
The Temptation Of Wife
RomansaHanis Sofea - berkahwin dengan Adam merupakan kerelaannya sendiri. Namun siapa sangka dia dijadikan boneka Dia dipergunakan. Sakitnya hanya tuhan yang tahu Perkenalan antara dia dan Inspektor Shahrul membibitkan rasa cinta Dia curang? Tak! Dia hany...