BAB 16 Kerja

16.1K 218 0
                                    

" Hanis Sofea Binti Dato Johan mohon bangun sekarang! " jerit Datin Marlia. Hanis yang enak tidur terbongkang di atas katil dipandang serius.

" Hanis! Baik awak bangun sekarang kalau tak mama kejut cara kasar " ugut Datin Marlia lagi. Hanis hanya buat derk je.

Badan Hanis digoncang sedikit.

" bangun la anak Johan ooi "

" emm apa ni maa awal lagi tau " ujar Hanis perlahan apabila tidurnya diganggu

" ouh awal lagi ek. Tunggu kamu kejap lagi baru awak tau awal tu macam mana, waktu mana " balas Datin Marlia sebelum beredar pergi

Hanis pelik apabila suasana senyap sunyi je. Matanya dibuka sedikit untuk mengintai kelibat mamanya.

" aik mana mama ni? Takkan la baik hati nak suruh aku sambung tidur lagi kut. Hai kalau macam ni hari² kan best " ujar Hanis sendirian sebelum menyambung tidur lagi.

Tiba² dia terasa hidungnya seperti di gesek dengan sesuatu. Dan

" aacum! " matanya terus terbuka. Dilihat mamanya sedang memegang bulu ayam. Dibeliakkan biji matanya

" oh goat! Mama! Apa ni? Hanis bagi tau papa nanti " rajuk Hanis

Dia memang alah dengan bulu ayam. Mamanya selalu mengusik dia menggunakan bulu ayam

" ala macam la mama takut. Pergi la ngadu sana tu pun kalau kamu sempat la" ayat² mama cuba ku fahami

" what do you mean ma? Papa dah pergi kerja ke? " soal Hanis

Mama hanya mengangkat bahunya dan mengerling ke arah jam di meja tepi katil aku

6:30 a.m

Aku mengerutkan dahinya. Apa yang pelik pun aku tak tahu

" jam baru 6:30 awal lagi la takkan papa dah buang tebiat kut pergi kerja jam 6:30 " ujarku

Papp!

" apa ni ma! Sakit la. Kayu kut " aduku sambil menggosok kepala yang baru saja diketuk dengan bulu ayam. Sakit tau

" mama tau la kamu baru bangun tapi dah lebih 5 minit kan. Mamai kamu tu belum habis lagi ke? Cuba kamu tengok betul² jam tu " kata mama sambil memuncung mulut ke arah jam

Jam aku ambil lalu kutelek lama.

" apa yang pelik okey je Hanis tengok " ujarku lalu mengangkat muka tetapi bukan wajah mama ku pandang. Jam yang terletak di dinding bilik aku tenung lama

Sesaat
Dua
Tiga

" hari ni hari apa ek? " aku berfikir sejenak sebelum berlari ke bilik air

" hari ni hari isnin nak ooi. Black monday la katakan. " ujar Datin Marlia kuat

...

" Hanis masuk ke bilik saya sekarang " arah lelaki itu melalui interkom

" baik tengku " balasku lalu bergegas ke bilik boss barunya

Pintu diketuk lalu dibuka

" yes tengku ada apa panggil saya? Tak tau ke saya ada banyak kerja nak dibuat " ujarku kasar

Adam memandang wajah masam Hanis. Tau sangat kenapa gadis itu berkelakuan sedemikian.

" well biarkan dulu kerja tu meh sini duduk ada benda saya nak bincang " arah Adam

Aku bergerak ke arah mejanya dan duduk seperti yang di arah

" sape cakap awak perlu duduk atas kerusi tu? " soalan Adam membuatkan aku pelik

The Temptation Of WifeWhere stories live. Discover now