Hanis
Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Malas mahu bercakap. Sebenarnya lebih kepada aku masih terasa malu dengan kejadian tadi.
Entah macam mana aku boleh tersilap bagi peribahasa. Biasanya akulah yang paling terer dalam peribahasa ni. Ahakss
🎶 " we don't talk anymore, we don't talk anymore, we don't talk anymore like we used to do " 🎶
Tetiba je aku terdengar bunyi macam orang menyanyi. Aku kerling ke tempat duduk sebelah. Kelihatan Shahrul sedang mengangguk kepala sambil tangan mengetuk stereng kereta.
" awak menyanyi ke? " soalku
Namun tiada balasan daripada Shahrul malahan dia semakin menguatkan suaranya.
🎵 " we don't talk, we don't talk anymore, we don't talk anymore like we used to do... " 🎵
Macam menyindir aku je?
" awak kutuk saya ke apa ni? "
Aku memberi pandangan yang tajam kepada Shahrul.
Kalau aku hempuk mamat ni tak bersalah rasanya. Dia boleh buat derk dekat aku?
" baru saya tau seronok jugak dapat cakap dengan kerusi ni patut la ramai yang suka bercakap dengan kerusi daripada bercakap dengan manusia, takde la menyakitkan hati sangat " sindirku
" tak tau pulak yang awak suka bercakap dengan kerusi " ujar Shahrul setelah lama mendiamkan diri.
Sekarang giliran aku pulak untuk tidak mempedulikan Shahrul. Aku hanya memandang ke hadapan" lah dah bisu pulak kerusi saya ni " aku menayangkan riak wajah kosong tanda aku tidak terasa dengan sindiran daripada Shahrul
" Hanisssss " namaku dipanggil dengan nada meleret tapi masih tidak berjaya untuk menarik perhatian aku
" Hanis, sayanggg " dan aku tergamam
" what? " soalku sepatah. Sudah banyak kali Shahrul memanggil aku dengan panggilan ' sayang '. Entah apa yang dia maksudkan
" merajuk lagi ke? " soalnya lembut membuatkan aku cair tambahan pula dengan pandangannya
" tak la " jawabku. Tanganku bermain sesama sendiri di atas ribaku. Biasanya jika aku berasa gementar aku akan bermain dengan tanganku sendiri
" awak nak tanya saya sesuatu ke? " soalan daripada Shahrul membuatkan aku hairan
" macam mana awak tau? " soalku kembali tanpa berselindung lagi
" your hands " jawapan Shahrul mengejutkan aku
" awak lupa ke yang saya ni polis? Saya sentiasa memerhatikan sesuatu. Kita dah jumpa lebih daripada tiga kali. Dan saya dah boleh baca gerak tubuh awak " penerangan Shahrul membuatkan aku terangguk sendiri
" ouh, kenapa awak panggil saya sayang ye? " aku memerhatikan wajah Shahrul untuk melihat reaksinya
" ingatkan awak tak perasan saya panggil awak sayang " jawabnya. Namun bukan itu jawapan yang aku ingin dengar daripada mulutnya
YOU ARE READING
The Temptation Of Wife
RomanceHanis Sofea - berkahwin dengan Adam merupakan kerelaannya sendiri. Namun siapa sangka dia dijadikan boneka Dia dipergunakan. Sakitnya hanya tuhan yang tahu Perkenalan antara dia dan Inspektor Shahrul membibitkan rasa cinta Dia curang? Tak! Dia hany...