BAB 40

17.5K 252 9
                                    

Hanis

Bangun saja daripada tidur perut aku mula berkeroncong. Lapar gila kut. Perlahan² aku turun dari katil menuju ke tandas untuk basuh muka.
Aku memandang mukaku melalui cermin yang berada di dalam bilik air itu.

" alahai dah macam badut aku tengok " keluhku perlahan lantas mencuci mukaku drngan pantas. Usai mencuci muka aku segera menuju ke dapur untuk mencari makanan. Perut aku perlu diisi.

" kamu cari apa?" aku mengurut dadaku mendengar teguran tersebut. Aku memusingkan badan ke belakang. Mummy Aisyah sedang merenungku membuatkan aku mati akal.

" Hanis lapar la mummy " jawabku. Mummy Aisyah bergerak ke arahku. Aku memejamkan mata kerana aku fikir mummy mahu memarahi aku. Namun aku silap apabila terasa lembut tangan mummy mengusap pipiku. Aku terdiam dengan perlakuan mummy ke atasku.

" mummy okey?" soalanku dibalas dengan senyuman oleh mummy Aisyah.

" mummy minta maaf dengan sikap Adam. Dia tak sepatutnya menampar pipi kamu " kata² mummy membuatkan aku terdiam

" Hanis okey la mummy. Adam memang patut pun tampar Hanis sebab Hanis buat salah " aku tertunduk. Salah aku ke?

" tak sayang, kamu tak salah mummy yang salah sebab tak pandai didik anak " aku terkejut mendengar ayat mummy Aisyah

" mummy, jangan cakap macam tu. Hanis salah dan Hanis perlu dihukum bukan mummy. Jangan sesekali mummy kata yang mummy tak pandai didik anak mummy dah berjaya besarkan Adam. Adam dah jadi orang pun " aku berkata tegas kerana aku tidak mahu menyalahkan mummy di atas apa yang berlaku.

" kamu ni kelakar la sayang. Adam memang manusia pun dan mummy mintak maaf sebab bersikap dingin dengan kamu. Maafkan mummy boleh?" Mummy Aisyah memandang ke dalam anak mataku membuatkan aku berasa serba salah

" mummy tak salah. Mungkin Hanis yang ada lukakan hati mummy Hanis yang patut mintak maaf. " ujarku lantas memeluk erat tubuh mummy.

" terima kasih sayang " ucap mummy Aisyah membuatkan aku tersenyum

" oh ya kamu kata tadi lapar kan. Jom kita keluar makan. Mummy belanja " aku memandang mummy dengan riak tidak percaya

" kenapa pandang mummy macam tu? tak sudi keluar dengan mummy ke?" aku pantas menggelengkan kepala

" Hanis nak tapi mummy tak kerja ke harini? " soalku hairan kerana setahu aku mummy juga mempunyai bisnesnya sendiri

" harini mummy off sebab nak keluar dengan menantu mummy ni, dah pergi bersiap " arahan mummy aku turuti. Aku segera melangkah ke bilik tidurku untuk menukar pakaian.

***

Adam

Godaan Rania membuatkan aku tidak keruan. Ciuman kami semakin mendalam. Perasaan kami bagai tidak tertahan lagi. Aku meramas punggung montok Rania perlahan.

Namun ciuman kami terlepas apabila terdengar deringan yang pasti bukan datang daripada telefonku.

" argh, sorry Adam " ucap Rania lantas bangun dari ribaku dan memeriksa panggilan yang masuk

Wajahnya sedikit berkerut membuatkan aku pelik.

" any problem honey?" soalku ingin tahu

The Temptation Of WifeWhere stories live. Discover now