BAB 34 Dendam

18.9K 233 16
                                        

Bacaan surah yassin oleh para tetamu membuatkan hati tiga beranak berasa pilu. Kepergian tonggak keluarga amat memberi kesan buat mereka.

Menurut laporan pihak berkuasa kematian Tan Sri Adlan diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun tidak bagi mereka. Keluarga Johan yang harus dipersalahkan. Mereka lah punca kematian Tan Sri Adlan.

Johan telah mencuri projek mega mereka dalam diam. Tan Sri Adlan telah diserang penyakit jantung saat dia mengetahui kerugian dan punca kerugian yang harus ditanggung.

Kini tugas mereka untuk membalas dendam demi Tan Sri Adlan. Sungguh mereka tidak akan biarkan satu pun waris Johan bahagia.

" Stella, Rania listen kita harus menuntut bela atas kematian papa. Kita tak boleh biarkan keluarga Johan hidup bahagia. Kita mesti cari cara untuk balas dendam atas kematian papa. Ingat jangan ada sedikit pun belas ehsan terhadap mereka " ujar Puan Sri Rokiah penuh dendam

" tapi mommy, Hanis tak bersalah. Jangan babitkan dia sekali " bantah gadis yang berusia 16 tahun itu.

" diam kamu Stella ! Mommy dah cakap seluruh keturunan Johan takkan hidup bahagia selepas apa yang telah mereka lakukan " marah Puan Sri Rokiah

" ntah kau ni bising je. Memang patut pun drngan budak tu sekali yang kena dah bapak dia kan " Rania turut bersuara

Stella hanya diam menikus. Maafkan aku Hanis, ujarnya dalam hati

" Rania lepas ni mommy nak kamu dekat dengan Hanis, ambil tahu tentang dia kalau boleh jadi best friend dia . faham ? Dan kamu Stella buang perasaan kesian kaku tu jauh² kita buat ni kerana arwah papa . ingat " pesan Puan Sri Rokiah tegas. Namun begitu dendam tersebut bukanlah kerana kematian suaminya tetapi lebih kepada cintanya pernah ditolak oleh Johan. Johan lebih memilih untuk menikahi gadis tomboy itu berbanding dirinya.

' tunggu pembalasan daripada aku Johan. ' perlahan² Puan Sri Rokiah mengukirkan senyuman sinis. Yang pasti perasaan dia untuk membalas dendam semakin kuat tambahan pula dengan kehadiran zuriat Johan, Hanis Sofea

***

" where are you going Hanis Sofea ? "

Mati la aku !

Perlahan² aku memusingkan badan untuk menoleh siapakah mambang yang tegur aku tengah² malam ni. Nasib baik aku tak minum banyak kalau tak dah lama terkencing aku dalam kain. Malu tujuh keturunan.

" saya... " kata² ku termati apabila lampu di ruang tamu itu terpasang. Adam !

" kau apa ? Pergi melacur diri ?" ujar Adam kasar

Amboi , tak sayang mulut ke ?

" awak jangan nak melampau ek ! Kalau tak disebabkan awak tu suami saya dah lama saya patahkan rahang awak " balasku geram

Sampainya hati dia !

" kau ingat aku hadap sangat ke nak jadi laki kau. Kalau tak disebabkan Rania dah lama aku ceraikan kau. Aku pun tak faham kenapa Rania baik hati sangat nak suruh aku ambik kau jadi isteri aku " penjelasan Adam bagai belati menusuk hatiku.

Rania yang suruh Adam kahwin dengan aku ? Tapi kenapa ?

" Adam kenapa bising² ni ? " soalan daripada mommy Aisyah mengejutkan aku. Mungkin suara Adam yang sedikit kuat serta lampu di ruang tamu yang dinyalakan menganggu tidur mommy Aisyah.

The Temptation Of WifeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang