BAB 51

18.2K 268 42
                                    

Hanis tahu walau bagaimanapun dia tetap perlu bersemuka dengan suaminya, Adam. Wajah bengis Adam dipandang takut².

" jom balik " ajak Shahrul setelah selesai majlis

Hanis bangun mahu mengikuti langkah Shahrul

" congrats Hanis " ucapan tahniah daripada Adam mematikan langkah Hanis. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya menghadap Adam yang ikut berdiri

" sanggup kau buat aku macam ni kan? Susah sangat ke kau nak dengar cakap aku? " Hanis menelan liurnya kesat

" sorry menyampuk bro, kalau nak bincang pun jangan la dekat sini. Malu orang tengok " Shahrul menyampuk kerana kesian melihat Hanis yang kelihatan takut

" kau siapa nak masuk campur ni hal aku dengan wife aku! " marah Adam namun suara diperlahankan tidak mahu menjadi perhatian mereka yang lain

" kalau dah tau Hanis tu wife kau kenapa kau tak bawak dia sekali? " soal Shahrul selamba

Adam tersentak mendengar soalan daripada Shahrul

" dah Hanis jom blah " Shahrul lantas menarik tangan Hanis keluar. Adam memandang kepergian Hanis

Dayuskah dia?

" baby! Kenapa you biarkan dia pergi? You sepatutnya bawak Hanis balik and give her a punishment for this " Rania mendengus kasar apabila Adam tidak mempedulikan kata-katanya

Dia cepat-cepat mengekori langkah Adam yang semakin laju di hadapan

Adam dilihat seperti memikirkan sesuatu

" you kenapa baby! You tak patut biarkan pompuan tu pergi macam tu aje! " marah Rania lagi tidak puas hati apabila Adam senang-senang melepaskan Hanis pergi

" just shut up your fucking mouth! " jerkahan Adam membuatkan Rania terkedu

Adam menghidupkan enjin kereta. Bunyi deruman enjinnya memecahkan kesunyian malam. Tiba sahaja di rumah Adam terus memasuki sebuah bilik yang tidak pernah dijejaki oleh sesiapa pun termasuk Rania dan Hanis

Pintu bilik tersebut dikunci rapat. Suara rayuan dan bebelan Rania tidak dihiraukan

Habis semua benda di dalam bilik tersebut di campaknya. Keadaan bilik yang gelap gelita sedikit pun tidak menghalang Adam untuk terus memerhati sebuah gambar yang tergantung cantik pada dinding di hadapannya

" kenapa! Kenapa kau buat aku macam ni! Argh!!! " Adam meraung tanpa mempedulikan sesiapa pun

" Adam! Baby! Open the door please " rayu Rania di luar bilik tangannya tak henti-henti mengetuk pintu bilik tersebut

" go away Rania! " jerit Adam lantang. Perasaannya yang sudah bercelaru ditambah pula dengan gangguan dan rayuan Rania makin menambahkan lagi kekusutan

" sampai hati you kan! Sebab pompuan tu you halau I! Just wait and see Hanis " bisik Rania perlahan sebelum melangkah pergi

Tubuh Adam yang tadinya berdiri memandang tepat pada gambar yang tergantung kini jatuh melutut. Dia meraup wajahnya kasar

The Temptation Of WifeWhere stories live. Discover now