BAB 42

17K 262 23
                                    

Hanis...

" what?" aku memandang Adam yang sudah bangun dari duduknya.

" kut ye pun terkejut tak perlu la over sangat, nasib baik awak duduk atas sofa kalau kerusi plastik konfem patah " tegurku selamba

" ntah kamu ni Adam. Hanis tak terkejut pun yang kamu tu sampai terbangun " sambung mommy

" mana tak terkejutnya kalau mommy nak halau kami, sampai hati mommy kan " jawab Adam bagi membela dirinya

Aku sudah memandang Adam yang menayangkan riak sedih siap mencebikkan bibirnya umpama kanak² yang merajuk dengan ibunya kerana tidak dibelikan mainan. Comel saja gayanya

" tak payah nak cebik sangat, abang dah besar kan? pandai² la bawak diri. Takkan nak duduk dengan mommy sampai ke tua " tenang aku menasihati Adam. Mungkin ada sebabnya mommy meminta kami untuk tinggal berasingan dengannya.

Sedikit sebanyak aku sudah boleh bayangkan keadaan rumah kami nanti apabila aku, Adam serta maduku yang sengal siapa lagi kalau bukan Rania. Memang roboh agaknya rumah kami nanti mana taknya kalau dah si sewel tu tak reti buat kerja rumah konfem aku jadi orang gaji nanti dekat rumah baru kami. Tapi takpe, ni Hanis jangan ingat aku lemah ye Rania sewel.

" what is going on baby?" suara manja yang tiba² kedengaran mematikan lamunanku.

" hidup lagi kau ye? Aku ingatkan dah ada baby baru " selamba aku berkata

" what is your problem Hanis? Baby baru apa? kau jangan nak fitnah aku bukan² ye " jawab Rania.

Daripada nadanya sudah aku pasti yang dia takut tembelangnya terbongkar tapi takpe slow² Rania rahsia kau akan pecah juga nanti hanya tunggu masa je.

" tak ada apa². Kenapa? kau takut ke, aku main² je. Oh ya oleh kerana kau baru sampai kan meh aku nak bagi tau apa yang sedang berlaku. Sebenarnya mommy halau kau dari rumah ni " jawabku main² sengaja ingin melihat reaksi Rania

" what do you mean? mommy? baby? betul ke? No way! you guys patutnya halau pompuan ni keluar bukan I. Baby? say something please. Okey look, I' m sorry sebab balik lewat but I have my own reason " dah mula dah drama pukul tujuh minah ni

" so, what is your reason Rania? " mommy bersuara

" I.. emm " Rania sedikit tergagap untuk menjawab soalan mommy

" Rania dah text Adam tadi dia balik lambat sebab jumpa kawan lama " Adam menjawab bagi pihak Rania. Aku sudah mengepal penumbukku. Nasib baik laki aku kalau adik aku dah lama aku hempuk. Kacau kerja aku je mamat sekor ni.

" nak jumpa kawan pun kena tengok jam jugak. Kamu ada suami Rania bukan lagi anak dara macam dulu² dan kalau anak dara pun tak semestinya kamu boleh keluar dan pulang sesuka hati. Kamu tu perempuan ingat sikit " aku menahan gelak melihat muka Rania yang terkebil² selepas diceramah oleh mommy. Padan muka kau

" Adam okey la mommy lagi pun Hanis ada. Dah memang kerja dia kan jaga makan pakai Adam biar la Rania keluar dengan kawan² dia. Rania muda lagi mesti dia nak enjoy kan " sudah tak aku sangka Adam berkata demikian. Aku segera memandang Adam tajam.

" pandai kamu ye. Hanis sorang je ke isteri kamu? Rania pun isteri kamu jugak dan kamu tak boleh lepaskan tanggungjawab kepada Hanis sorang je. Faham dan hadam apa yang mommy bagi tau " nasihat mommy tegas. Nasib baik ada mommy kalau tak dah lama aku brainwash mamat ni.

Apa dia ingat aku sorang je isteri dia? Habis si minah sengal ni apa? Ratu?

" okey la sampai sini je dan Adam mommy nak kamu pandai² bawak diri dan jaga hati isteri² kamu. Jangan berat sebelah dan jangan sesekali melukakan hati seorang perempuan lagi " usai berkata mommy beredar dari bilik bacaan tersebut meninggalkan kami bertiga. Aku turut bangun kerana hati aku sudah cukup terluka dengan kata² Adam sebentar tadi lagi pun aku sebenarnya masih lapar walaupun kami baru sahaja menjamu selera sebelum perjumpaan dengan mommy tadi.

" where are you going Hanis? we need to talk " teguran Adam mematikan niat aku untuk membuka pintu

" lapar nak cari makan " jawabku senada

" what do you mean? takkan lapar lagi kut, kita baru lepas makan kan?" aku hanya mengangkat bahu sebagai tanda menjawab pertanyaan Adam

" baby kalau you nak tau minah ni bela hantu raya sebab tu dia selalu lapar " Aku memandang ke arah Rania serius

" kalau aku bela hantu raya pun bukan masalah kau. Kau tunggu malam nanti aku suruh dia cekik² kau buat sup bagi dia makan " ugutku

Rania sudah membulatkan matanya.

" baby tengok Hanis ni saja je nak usik I " adu Rania manja

" you jangan nak merepek yang bukan ² Hanis " marah Adam namun aku hanya menayangkan muka bosan sebab memang aku betul² takde mood nak bergaduh

" merepek apa? Habis dia cakap saya bela hantu raya awak tak pulak kata dia merepek. Kau ni hidup zaman jepun ke Rania, aku belum tersasar akidah lagi lah nak bela hantu bagai kalau kau memang ada la ciri² tu " jawabku lantas menyilang tangan ke dada

" watch your mouth bitch! kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan?" tempik Rania lalu bangun menuju ke arahku. Aku yang tidak bersedia dengan serangan daripadanya tidak sempat  mengelak. Rania menarik rambutku kuat lalu menghantukkan kepalaku ke pintu bilik bacaan tersebut. Sakitnya hanya tuhan yang tau.

" hey girls! please stop it" jerit Adam meleraikan tarikan Rania di rambut ku. Oleh kerana aku tidak dapat menahan kesabaran aku mengumpul sedikit kekuatan lalu menolak Rania kuat

" apa masalah kau hah! suka hati je tarik rambut orang " marahku

" kau yang mulakan dulu, kau yang kurang ajar dengan aku!" jawab Rania

" kau cakap baik sikit ye pompuan. Kau yang tarik rambut aku dulu kalau dah bongok tu sampai mampos pun bongok " carutku

pang!

Suasana senyap seketika apabila sebuah tamparan hinggap di pipiku. Aku bernasib baik kerana sempat berpaut di rak buku bersebelahan denganku, mataku segera  terarah kepada Rania yang berdiri bersebelahan Adam. Pinggangnya dipeluk kemas oleh Adam

Rania kelihatan bersorak dengan kejadian yang tidak diduga olehku

Aku memandang Adam lalu menggeleng seolah² tidak percaya yang Adam akan menaikkan tangannya sekali lagi.

" sampai hati awak " ujarku lalu bergegas meninggalkan mereka








**********

Hai gaiss?

sorry lama tk update. 
ada lagi tak yg pening dgn crita ni? uols pening dkt mna ye? bleh tnggalkn dkt komen nnti I edit sikit²

sorry typo malas nk double cek 😂😂

The Temptation Of WifeWhere stories live. Discover now