Tengku Hairi termenung sejenak memikirkan cadangan gila daripada wanita kesayangannya iaitu Rania. Dia masih lagi terkejut dengan kisah yang diceritakan oleh wanita itu
Tak dia sangka bahawa selama ini dia berasmara bersama isteri orang dan bukan hal itu yang mengejutkannya tetapi perkara yang membuatkan dia terkedu adalah suami kepada wanita itu adalah Tengku Adam Mikael. Musuhnya sedari zaman persekolahan lagi
Tanpa sedar dia mengukirkan senyuman sinis. Tengku Hairi seakan merasakan kemenangan adalah miliknya tanpa perlu dia bertanding
Putung rokok disedutnya lalu dihembuskan asap rokok tersebut. Matanya memandang tajam susuk tubuh wanita yang sedang lena dibuai mimpi setelah bermadu asmara
Jarum jam dikerling sekilas. Sudah menginjak ke pukul tujuh pagi dan dia masih lagi memakai bathrobe memandangkan dia ingin menunggu wanita yang telah mengetuk pintu hatinya untuk mandi bersama
' Tengku Adam Mikael , aku akan pastikan hidup kau musnah perlahan-lahan '
...
Hari ini Hanis dibenarkan untuk pulang ke rumah memandangkan doktor berpuas hati dengan keadaannya yang semakin membaik. Namun masih ada satu perkara yang perlu diselesaikan sebelum pulang dan menjadi isteri Adam yang sebenar-benarnya
Rania ? Sudah seminggu Hanis berumah di hospital dan seminggu jugak lah dia tidak melibat kelibat madunya itu. Untuk bertanya kepada Adam memang tak lah dah buang tebiat ke nak tanya pasal minah tu. Lantak dia nak buat apa asalkan tidak menganggu ketenteraman dirinya
Wajah Adam yang sedang menyimpan barangannya ke dalam beg diperhatikan. Sebenarnya dia berasa serba salah tapi walau bagaimana pun dia perlu menyelesaikan hal itu dengan segera
" erk abang ?" Adam menoleh memandang isterinya yang kelihatan tidak senang duduk itu
" yes ? Kenapa ni macam tak happy je dapat balik " Hania memasamkan muka mendengar kata-kata Adam
Gila tak suka ? Aku punyalah excited nak balik boleh dia kata macam tu
" bukan macam tu. Erk Hanis ada benda nak cakap dengan abang " sedikit keberanian diperoleh apabila melihat wajah tenang suaminya
" okay, then speak ? "
" memandangkan harini kita dah nak balik boleh Hanis request something tak ? " Adam mengerutkan dahinya hairan dengan sikap isterinya itu
" could you please straight to the point ? I tak faham " ujar Adam sedikit tegas
Hanis menelan liur kesat melihat betapa seriusnya muka Adam terasa seperti tidak sanggup untuk berterus terang mengenai permintaannya itu
" Hanis nak jumpa someone dulu sebelum balik. Please " pinta Hanis lembut
" who ? " Adam seakan-akan dapat meneka gerangan yang Hanis maksudkan
" Shahrul " sebut Hanis perlahan sambil menunduk takut dengan reaksi suaminya apabila dia menyebut nama lelaki yang turut terlibat dengan kemalangan bersamanya tempoh hari. Sampai hari ini dia tidak mengetahui keadaan pemuda yang telah menolongnya selama ini

ANDA SEDANG MEMBACA
The Temptation Of Wife
RomanceHanis Sofea - berkahwin dengan Adam merupakan kerelaannya sendiri. Namun siapa sangka dia dijadikan boneka Dia dipergunakan. Sakitnya hanya tuhan yang tahu Perkenalan antara dia dan Inspektor Shahrul membibitkan rasa cinta Dia curang? Tak! Dia hany...