BAB 32 Bermadu

18.7K 267 19
                                    

" aku terima nikahnya Rania Evans Binti Muhammad "

Sah, sah, sah!

Air mataku menitik. Berat sungguh dugaan Mu Ya Allah..

Aku hanya memandang dari jauh Adam mencium lembut dahi Rania. Mereka kelihatan sepadan dengan persalinan rona putih

Sesi bergambar berlangsung meriah. Sungguh mesra sekali mereka bergambar tidak seperti waktu aku berkahwin dulu.

" Hanis? Are you ok?" jawapan untuk soalan Naufal aku angguk sahaja.

" you're lying? I can see through your eyes" ujar Naufal

Aku hanya tersenyum. Walaupun awal perkenalan kaki tidak seindah mana namun Naufal seorang yang baik. Cuma mulut dia je macam longkang bila mengutuk aku.

Kenapa Naufal yang prihatin terhadap aku kenapa bukan Adam? Kenapa Adam tidak pernah merasa dan faham akan kehendak aku?

" Naufal baby? Kat sini rupanya you penat tau I cari you" aku memandang ke arah wanita yang sedang memeluk erat lengan sasa Naufal

" sory I tengok you sibuk sangat berbual dengan your bestie tu yang I tinggalkan you sekejap" jawab Naufal

" alalala my baby merajuk ye? Sory la you know me better right? Bila dah jumpa dengan Rania memang kita orang berbual tak ingat dunia nak² dia dah kahwin mesti masa dia dengan I akan terhad" pujuk gadis itu. Wait? What! Dia kenal Rania?

" okey I faham. Oh ya ni kenalkan Hanis Sofea, Hanis ni my girl Natasha" aku melemparkan senyuman lalu menghulurkan tangan

" Natasha, panggil I Tasha je " ujar Natasha

Aku mengangguk.

" dah lama ke kenal my baby?" soalan Natasha mengejutkan aku

" tak juga kita orang kenal time dekat lapangan terbang hari tu kan Hanis?" Naufal menjawab bagi pihak aku

" yup. Bertembung hari tu time I pergi jemput kawan I dekat airport " tambahku. Kawan aka madu aku

" ouh I see. My baby ni memang frirndly sangat nak² dengan girl yang cantik macam you " entah mengapa aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena akan kata² Natasha sebentar tadi

" no worries babe I love you more than you know" ujar Naufal lalu memeluk bahu Natasha

" yeah I know but in the future who knows?" balas Natasha sambil matanya memandang aku tajam

" jom Fal pergi makan I lapar la dari tadi belum makan apa²" ajakan Natasha dituruti oleh Naufal

" I pergi dulu Hanis. Take care" kata Naufal sebelum berlalu pergi

Aku hanya memandang ke arah kepergian mereka. Aku merayau-rayau mencari mommy. Entah mengapa sejak dua menjak ni layanan mommy terhadap ku agak dingin. Namun segala andaian buruk ku tangkis tidak mahu berfikir yang bukan²

" mommy?" tegurku apabila aku melihat mommy sedang sibuk melayan tetamu yang hadir. Namun mommy sedikit pun tidak berpaling mungkin tidak dengar barang kali

" mommy!" aku kuatkan sedikit suaraku

" I belum pekak lagi. You nak apa?" aku terkejut akan reaksi mommy

" tak ada apa². Mommy ok tak ni? " soalku takut² nak² mommy dikelilingi oleh rakan²nya

" I'm ok." pendek sahaja jawapan mommy

" who is she?" soal rakan mommy yang berambut perang itu

" no one" balas mommy. Sungguh aku terkejut walaupun aku ni buta bahasa inggeris namun sedikit sebanyak aku faham apa yang diperkatakan oleh mereka

The Temptation Of WifeWhere stories live. Discover now