BAB 56

26.8K 209 31
                                        

Dia diam bukan bermakna dia tidak kisah. Diam dia bersebab. Jangan ingat dia tidak tahu apa yang berlaku malah semuanya ada dalam poketnya

Stella tersenyum sinis memandang setiap gambar yang dilekatkan pada dinding bilik itu. Pisau di tangan diputar sebelum dilontar ke arah salah satu gambar yang tergantung

" my dear, Hanis maaf sebab buat kau tertunggu lama " ucap Stella penuh makna

Dulu dia yang bodoh sebab selalu ikut telunjuk mummynya, Puan Sri Rokiah dan Rania. Tanpa dia sedar dia diperalatkan malah saat dia cuba untuk membetulkan keadaan dia disisihkan. Satu kebenaran telah terbongkar sehingga membuatkan dia tidak sanggup untuk menempuh perjalanan hidupnya yang masih panjang

Dia mengelamun seketika mengingat kembali kebenaran yang satu itu

  Apa maksud Rania?

Dia dibela atas ihsan papa?

Hanya satu saja cara untuk dia mengetahui maksud wanita itu

Mummynya! Puan Sri Rokiah

Lantas dia segera pulang. Sesampai sahaja di rumah dia segera mencari kelibat wanita tua itu.

Mummy kelihatan tekun membaca di halaman belakang rumah mereka

" mummy?  " tegur Stella

" oh hai sayang, awal balik? " Puan Sri Rokiah agak terkejut melihat kepulangan anak bongsunya itu

Stella lantas menyalami tangan mummynya lalu dia mengambil tempat berhadapan wanita itu

" what's wrong dear? You nampak macam ada masalah " teguran Puan Sri Rokiah mengejutkan Stella daripada lamunannya. Sebenarnya dia teragak-agak untuk menanyakan hal itu kepada mummynya namun perasaan ingin tahu semakin meninggi dalam dirinya

" Stella nak tanya mummy something and I hope you will answer me "

Puan Sri Rokiah sudah cuak dengan ketegasan anaknya itu

" something? Serius je kamu ni buat mummy takut. Kenapa ni? Mind to share with me? " Puan Sri Rokiah sedaya upaya menyembunyikan riak wajah takutnya

" kenapa you guys tak nak Stella terlibat lagi? Is there something wrong? I ada buat salah ke mummy? "

" ouh about that mummy rasa cukuplah setakat ni sahaja kamu terlibat yang lain biar mummy dan Rania uruskan. Anything else dear? " Stella masih tidak berpuas hati dengan penerangan mummynya itu kelihatan seperti wanita itu sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan dia

" are you sure mummy? Sebab Stella rasa macam mummy sembunyikan sesuatu " tebak Stella

" no, kenapa mummy nak sembunyikan sesuatu daripada kamu. You're my daughter " Stella tersenyum sinis saat umpamnya mengena

" are you sure that I am your daughter? " soal Stella sinis sambil memandang tepat wajah mummynya

Puan Sri Rokiah menelan liurnya kesat mendengar soalan Stella. Takkanlah rahsianya terbongkar sedangkan hanya arwah suaminya sahaja yang mengetahui perkara itu

The Temptation Of WifeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang