BAB 7 Naufal

31K 355 2
                                    

" hello Malaysia, I'm back ! " ujar pemuda kacak itu lalu menghirup nafas segar di lapangan terbang KLCC.

Dia berjalan sambil menolak troli yang memuatkan segala mak bapak beg bagasinya. Berat dush.

Setiap langkahnya diperhatikan dengan penuh minat oleh wanita² yang berada di lapangan itu

" untung la jadi orang hensem macam aku ni sampai nenek tua bawak tongkat pun terpegun tengok aku " ujarnya perlahan

Dalam mengawal kemachoannya. Naufal dengan tidak sengaja melanggar seorang gadis yang berdiri di tengah² laluan pejalan airport itu

" aduhh, ni orang ke besi, sakit sial ! " Naufal mengaduh

Dipandangnya gadis yang dilanggar tadi.

Eh kuat sangat ke aku langgar sampai terduduk awek ni. Almaklumlah badannya agak sasa jugak la.

" err are you okey miss ? " soal Naufal lembut.

Terpegun seketika dia melihat pemandangan di hadapannya

Subhanallah. Cantiknya. Desis hatinya

" oi kambing kau tengok aku okey ke hah ! Badan macam balak ! " marah gadis itu

MasyaAllah ! Mulut macam loji kumbahan. Kutuk Naufal

Nyesal den puji ekau. Ujarnya sendiri

" I am sorry miss. Totally sorry. May I help you " ucap Naufal lalu cuba membantu gadis itu untuk bangun namun ditepis gadis itu kasar

" woi ! Apa sentuh² ni ? Aku debik karang lumpuh seumur hidup kau nanti " ujar gadis itu lalu bangun. Dibetulkan pakaiannya

" Encik yang perasan hensem lain kali berjalan tu tengok depan ye jangan asyik nak tengok wanita² cantik dekat airport ni. Awak ingat awak tu macho sangat ke sampai nenek bawa tongkat boleh minat dekat awak hei kacak lagi kambing nenek saya dekat kampung tau tak ? " bebel Hanis panjang

Naufal ternganga mendengar kata² yang baru keluar daripada mulut Hanis sebentar tadi

" amboi nenek cantik betul bahasa nenek ye. Dulu² mesti ponteng kelas sivik kan tak pun nenek mesti ponteng kelas bahasa Melayu ni konfem la " balas Naufal

" woi mangkuk, periuk, belanga aku yang muda cun lagi cantik ni kau panggil nenek. Kau dah puas hidup ke ? " soal Hanis kasar

" eleh perempuan macam awak ni saya jentik je terus tumbang " balas Naufal selamba

Hanis memandang lelaki di hadapannya tajam. Geram punya pasal terus muncul idea jahat di kepalanya

Sudah lama dia tidak membuat perkara gila sekarang ni la masa untuk dia memainkan watak sebagai drama queen seperti yang dilakukannya semasa zaman sekolah dulu. Plus orang yang ditunggu juga belum muncul.

Hanis berjalan ke arah Naufal lalu melutut di hadapan lelaki itu. Dia memegang hujung jaket yang dipakai lelaki itu.

Air mata diproses bagi menjayakan wataknya.

" how could you do this to me baby. You kejam ! " ujar Hanis dalam tangisan olok²nya.

Naufal sudah membuat muka pelik dengan perangai tak cukup umur budak ni.

" eh apa you ni tetiba pulak macam I dah termengandungkan you. Hei I sen.. " kata² Naufal tergantung apabila dipintas oleh Hanis

" sampai hati you kan habis madu sepah dibuang. Sanggup you suruh I gugurkan baby kita. Apa salah anak ni ? " ujar Hanis masih dalam tangisan. Air mata yang dibuat² semakin lebat.

Naufal sudah cuak dengan gadis senget di hadapannya ini. Orang ramai mula tertarik dengan drama yang dimainkan oleh Hanis

" ish ada ke patut laki tu suruh pompuan tu gugurkan baby buat dosa pandai² la tanggung " ujar salah seorang daripada mereka

The Temptation Of WifeWhere stories live. Discover now