Hanis's pov
Setelah dihitung didarab dibahagi ditambah ditolak sudah dua bulan aku bergelar isteri kepada Tengku Adam Mikael. Bahagia. Itu yang aku rasakan sepanjang perkahwinan kami. Adam tidak pernah mengabaikan aku. Oh ya aku sekarang sudah maju kenhadapan sikit. Setiap hari aku akan tulis segala macam benda dalam diari kesayangan aku. Rasa macam budak² tapi suka hati aku la kan?
Adam wajib balik rumah untuk makan tengah hari. Katanya kalau tak merasa masakan aku pasti kempunan dia. Macam². Adam akan cuba balik seawal mungkin agar aku tidak keseorangan. Mommy kami aka Dato Sri Aisyah tidak menetap bersama kami katanya nak bagi privasi gitu. Pfft. Dia nakkan cucu jugak tahun ni. Aku rasa bukan setakat sorang cucu yang mampu kami bagi selori mungkin? Nak buat macam mana Adam tiap² malam nak dia tak kesah dah meeting ke apa ke esok paginya asal dia dapat. Well suamiku seorang yang romantik dan alhamdulillah dia sudah meninggalkan kelab buaya sengal yang pernah dia join.
Hari ni kami akan berbulan madu. Lokasinya rahsia. Hehe. Bukan kedekut nak bagi tau daa. Aku pun tak tau. Nasib baik laki aku kalau orang lain dah lama aku hempuk dengan handbag gucci ni ada ke patut dia plan last minute. Aku punya la terkezuut bila dia cakap nak pergi honeymoon. Bukan apa baju yang aku pakai sekarang ni baju tidur kaler pink pulak tu seluar kaler hijau korang bayangkan lah betapa malunya aku nasib baik pesawat ni cik abang kita yang punya.
" bie, kita nak pergi mana ni? " soalku apabila kebosanan melanda
" jalan² " grr batang penyapu mana? Aku hempuk jugak mamat ni karang
" bie, betul² la. Kita nak pi mana? Tengok baju sayang ni mana sesuai nak pi jalan² " ujarku manja
" sayang, you tau kan kita dekat atas kapal terbang ni jangan sampai ada yang tak boleh bangun sat lagi I kerjakan " ugutan Adam mematikan niatku untuk menjawab
Adam tersengih melihat aku yang diam menikus
...
Kami tiba di lapangan terbang ntah apa nama pun aku tak pasti sebab aku tak peduli sangat apa yang aku peduli sekarang ni keindahan ciptaan tuhan yang maha esa.
Cantiknya. Desis hatiku
Aku mendepakan tangaku dan menghirup udara yang segar. Terasa pinggang dipeluk daripada belakang. Tak payah teka hidu bau pun dah tau. Adam
" suka? " soalnya sambil meletakkan dagu di bahuku
" gila tak suka cantik sangat. Thanks bie. I love You " balasku. Pipinya aku cium sekilas
" ala takkan situ je nak sini jugak " pinta Adam manja lalu memuncungkan mulutnya
" gediknya awak. Tak boleh. Malu la " balasku
" okey fine you tunggu malam nanti takde masa berehat dah " ujar Adam sambil memandangku tajam
" what? " soalku
" kita kena usaha lebih la sayang " ujar Adam lalu mencuit hidungku
Kami kini saling menghadap satu sama lain. Pelukan di pinggang semakin dieratkan
...
Aku kini sedang menanti Adam dihadapan hotel tempat kami menginap. Sedikit tak selesa sebenarnya semua asyik pandang aku je. Apa salah ke aku pakai gaun ni? Ke terbalik mana la tau kan sebab selama ni arwah mama yang tolong aku. Mama sungguh aku rindu akan mereka berdua dan aku berjanji akan mencari siapa dalang yang menyebabkan kematian kedua² orang tuaku.
" sayang! " panggil Adam
" kus semangat. Tak boleh bagi salam ke? " sindirku. Walhal nak tutup malu sebab terkejut
YOU ARE READING
The Temptation Of Wife
RomanceHanis Sofea - berkahwin dengan Adam merupakan kerelaannya sendiri. Namun siapa sangka dia dijadikan boneka Dia dipergunakan. Sakitnya hanya tuhan yang tahu Perkenalan antara dia dan Inspektor Shahrul membibitkan rasa cinta Dia curang? Tak! Dia hany...