Kertas undangan ke majlis reunion yang dianjurkan oleh rakan-rakan sekolah sewaktu Tingkatan Lima dipandang sepintas lalu. Hati teringin untuk menghadiri majlis tersebut namun Hanis tahu bahawa dia tidak mungkin dapat hadir tambahan pula syarat yang dikenakan tidak masuk akal.
Syarat² yang perlu dipatuhi semasa menghadiri majlis adalah :
1) pakaian hendaklah mengikut tema iaitu Elegant
2) peserta diwajibkan membawa pasangan. Denda akan dikenakan kepada mereka yang tidak mempunyai pasangan
3) setiap peserta perlu membuat persembahan bersama pasangan
Mana nak cari pasangan ni? Soal Hanis sendirian
Hanis buntu dengan syarat ² yang dikenakan.
Takkan nak ajak abang. Hm. Dah tentu dia nak bawak tunang dia.
Adam? Mana boleh hantu raya tu nak tinggal dekat mana. Hanis pantas menggeleng kepala.
Badannya direbahkan ke atas katil. Fikirannya jauh menerawang.
Shahrul?
Hanis cepat² bangkit daripada pembaringan nya. Telefon di atas meja bersebelahan dengan katil dicapai lantas nombor telefon Inspektor Shahrul didail.
Beep.
" hello? "
Hanis diam sejenak. Sebenarnya dia malu untuk menjemput Inspektor Shahrul ke majlis reunion yang akan diadakan minggu depan
" hello? Hanis? " panggil Inspektor Shahrul apabila Hanis tidak menjawab
" erk, saya ganggu awak ke? " soal Hanis
" tak la. Kenapa ye? Ada masalah ke? "
" em, sebenarnya kan saya nak ajak awak... " kata² Hanis tergantung
" ajak pergi mana? " soal Inspektor Shahrul lembut
Kenapa la dalam ramai² lelaki Adam jugak yang jadi laki aku?
Astaghfirullah al-azim. Hanis segera istighfar. Sedar apabila dia tidak bersyukur dengan jodoh yang diberi oleh Allah.
" saya nak ajak awak pergi majlis reunion tu pun kalau awak sudi la " ujar Hanis terus terang
" bila tu ye? "
" Ahad depan boleh? "
" okey "
" hah? "
" saya setuju "
" erk. Tak menganggu tugas awak ke?
" tak la. Lagi pun saya free je malam tu. "
" ouh okey "
" tema? "
" hah? "
" haha, awak ni cute jugak. Saya tanya apa temanya sayang, takkan saya nak pakai uniform saya pulak kan? "
Hanis terasa mukanya tebal berinci² apabila Inspektor Shahrul memuji dan memanggilnya sayang.
" Elegant , tak menyusahkan awak ke? " Hanis terasa serba salah. Entah mengapa dalam ramai² lelaki, Inspektor Shahrul yang menjadi pilihan.
" takpe, saya okey je. Lagi pun dah lama saya tak hadir majlis macam ni. Nampaknya saya kena pergi cari baju la esok. Oh ya, awak dah ada pakaian ke untuk malam tu? "
YOU ARE READING
The Temptation Of Wife
Storie d'amoreHanis Sofea - berkahwin dengan Adam merupakan kerelaannya sendiri. Namun siapa sangka dia dijadikan boneka Dia dipergunakan. Sakitnya hanya tuhan yang tahu Perkenalan antara dia dan Inspektor Shahrul membibitkan rasa cinta Dia curang? Tak! Dia hany...