Hanis
Malam makin larut. Namun majlis kami masih belum selesai. Rata-rata mereka yang hadir ralit berbual. Imbas kembali kisah lama barangkali?
Meja yang aku duduki agak sunyi berbanding yang lain. Aku perasan abang dan Shahrul asyik bermain mata dari tadi. Nak tegur takut tersilap tengok. Perut Shahrul aku siku perlahan
" auch, sakit lah sayang " adunya manja
" alah bukan kuat mana pun saya siku awak. Ni nak tanya kenapa awak dengan abang asyik duk main mata je? Kunyit ke apa? " soalku selamba
" awak, kunyit-kunyit jangan main tau. Nanti ada yang tak tidur malam pulak " jawapan Shahrul menghairankan aku
" tak tidur malam? Kenapa? " soalku ingin tahu
" nasib baik kita belum halal tau " ujar Shahrul tanpa menjawab soalan dariku
" apa awak ni, cakap berbelit-belit pulak " marahku
" persembahan kita jam berapa? " Shahrul menyoalku
" entahlah, tunggu diorang panggil kut " jawabku
" korang nak buat persembahan apa malam ni? " soal Adam tiba-tiba
" aku rasa macam nak joget baby shark je " jawab abang. Dia ni memang muka tembok betul la, ada ke patut joget budak-budak depan orang ramai
" kau jangan, jatuh maruah lelaki satgi kalau kau buat jugak memang aku tak mengaku kawan punya " balas Shahrul
" ntah kau ni. Tak macho langsung " tambah Adam pulak. Rania sudah tiada disisinya. Tengah bersiap untuk persembahan mereka kejap lagi kut
" korang ni aku gurau sikit je tak boleh. Apa kau ingat aku ni geng kunyit? " ujar abang
" bro, kunyit-kunyit jangan mention depan budak-budak. Nanti rosak otak diorang " Adam membalas
" betul, betul, betul " sokong Shahrul siap menganggukkan kepalanya
" kau bukan budak lagi jadi jangan nak perasan yang diri tu budak. Muntah hijau aku satgi " abang menayangkan muka geli dengan reaksi comel Shahrul sebentar tadi
" comel apa aku buat macam tu? " soal Shahrul tanpa mempedulikan riak geli yang ditayangkan oleh abang
" oh please la, ... "
Namun belum sempat Hariz membalas nama Rania diseru oleh pengacara majlis tanda sudah tiba giliran mereka untuk membuat persembahan
Rania dilihat tergedik - gedik menarik tangan Adam. Mereka jalan berpimpin tangan menuju ke pentas. Aku hanya mampu menahan rasa melihat kemesraan antara mereka walaupun mereka ialah pasangan suami isteri
Entah apa persembahan yang akan mereka persembahkan. Aku hanya menanti
" ehem, hai semua. Malam ni I and my beloved hubby akan hiburkan korang dengan persembahan nyanyian sebuah lagu hope you guys enjoyed it " Rania memberi ucapan alu-aluan sebelum kedengaran bunyi petikan gitar dari belakang tempat dimana dia berdiri. Kawasan tersebut digelapkan untuk memberi kesan yang dramatik

ANDA SEDANG MEMBACA
The Temptation Of Wife
RomansaHanis Sofea - berkahwin dengan Adam merupakan kerelaannya sendiri. Namun siapa sangka dia dijadikan boneka Dia dipergunakan. Sakitnya hanya tuhan yang tahu Perkenalan antara dia dan Inspektor Shahrul membibitkan rasa cinta Dia curang? Tak! Dia hany...