Aku tersedar, membuka mataku. Entah mengapa kepalaku begitu sakit. Aku mengerakkan jariku. Seperti ada yang memegang tanganku. Aku menoleh ke tanganku yang berat untuk bergerak. Kelihatan Jungkook tertidur dengan menggenggam tanganku. Tangan sebelah lagi aku memegang kepalaku yang sakit.
"Ahh.." Suara kecilku telah menyebabkan jungkook tersedar dari tidurnya. Dengan masih memegang tanganku, jungkook mendongakkan kepalanya supaya melihat keadaanku.
"Eunji awak okay" jungkook risau kerana dahiku muka berkerut sambil memegang kepalaku sendiri.
"Jungkook.. Sakit.." Aku memejam mataku untuk menahan kesakitan yang aku hadapi. Jungkook bangun dan terus risau melihat aku seakan-akan menghadapi kesakitan.
"Eunji tenangkan fikiran awak.. Awak perlu berehat.. Jangan fikir terlalu banyak.." Jungkook memegang tangan kananku untuk menenangkanku.
"Saya tak boleh!! Ia menyakitkan!!" Aku menjerit apabila kesakitan kepalaku semakin bertambah sakit.Jungkook terus berlari mencari doktor. Meninggalkan aku dalam kesakitan di situ. Mataku menjadi kabur. Aku tidak dapat menahan kesakitan itu sehingga tubuhku terjatuh dari katil tersebut.
********
Yuju POV
Kereta dari teksi dengan memandang rumah ibubapaku kelihatan cantik seperti dahulu. Aku menarik beg besarku lalu menekan loceng di rumahku.
"Nae~" suara dari dalam rumah membuat aku tertunggu-tunggu. Seseorang membuka pintu. Susuk tubuh yang aku rindui iaitu ommaku.
"Yuju!?" Omma seakan-akan terkejut aku dihadapannya. Wajahnya tetap tidak berubah.
"Yes it's me mommy" aku memberikan senyuman kepadanya. Aku pantas memeluknya sekian lama aku tidak bertemu dengannya. Ommaku membalas pelukkanku. Aku meleraikan pelukkanku.
"Yuju kenapa tak beritahu mommy Yuju balik hari ini honey" ommaku mengusap-usap lenganku. Aku memegang tangannya yang mengusap-usap lenganku.
"Yuju sahaja nak buat kejutan untuk mommy" aku menggenggam tangan ommaku yang membesarkanku.
"Kajja kita masuk" Omma mengajak aku masuk. Tanpa berfikir panjang aku melangkah dengan penuh senyuman.
******
Jungkook POV
Aku mencari doktor untuk melihat keadaan eunji. Terserempak dengan doktor semasa aku melalui jalan tersebut. Aku terus berlari ke arah doktor tersebut.
"Doktor.. Eunji" aku tercungap-cungap berkata kepada doktor tersebut.
"Eunji.."doktor terus meletakkan rekod pesakit disitu dan terus bergesa ke bilik Eunji bersama Jungkook.
Aku melihat dalam bilik itu. Kelihatan Eunji tiada di atas katil tersebut. Kelihatan susuk tubuh telantang di bawah sebelah katil. Pantas aku mencempung eunji dan meletakkannya ke atas katil semula. Dia masih menahan kesakitan."Nurse tolong ambilkan suntik ubat tidur untuknya" arahan doktor namja tersebut.
"Encik tolong tunggu diluar"
"Haa?? Nae" Jungkook hendak keluar. Aku menggenggam tangan Jungkook. Lihat genggaman itu seperti dia memerlukanku. Dahinya yang berkerut membuat aku lah satu-satunya temannya.
"Encik.." Nurse memandang Jungkook. Jungkook menjadi sayu melihat tangannya digenggam oleh eunji. Jungkook melepaskan tanganku. Jungkook menapak kaki ke luar bilik itu. Jungkook menunggu di luar bilik.
TBC..
YOU ARE READING
고엽 Dead Leaves 1(✔) & 2 /J.J.K / J.E.J (✔)
Fanfiction#18 In Fanfiction Rank - 13 Jan 2017 DEAD LEAVES 1 Eunji digelarkan Darah Pembunuh di mata Omma Jungkook tapi tidak di mata Jungkook. Eunji digelarkan darah pembunuh atas kejahatan Appanya sendiri. Kisah bermula setelah eunji sudah menjadi wife kepa...