Part 49

297 19 0
                                    

Hari ke 8...

Aku dapat rasa sinaran matahari memancar kepadaku semasa aku tidur. Aku buka mataku perlahan-lahan. Aku tengok atas dengan masih mamai. Aku seperti tak larat nak bangun. Mataku kuyup. Aku pegang kain di dahiku dan alihkannya dari dahiku. Aku duduk perlahan-lahan. Aku pandang setiap sudut bilik tersebut.

Ini bilik Jungkook!!

Aku yang mamai terus celik. Macam mana aku boleh kat sini. Aku tolak selimut dan bangun. Pintu bilik dibuka. Aku pandang jungkook masuk dengan membawa dulang berisi gelas dan mangkuk.

"Eunji.. Awak dah Sedar"jungkook datang dekat dan letakkan dulang tersebut sebelah meja katil.

"Mana jimin?? Macam mana saya boleh kat sini"aku tatap wajah jungkook dengan serius.

"Awak demam dan saya hampir langgar awak masa awak tak sedar masa awak melintas Jalan"jungkook menerangkan. Aku baru ingat perkara tersebut.

"Jimin ada kat bawah"jungkook senyum hambar. Aku langgar bahunya dengan bahuku melalui jungkook.

Aku buka sedikit pintu bilik.

"Eunji"

Aku berhenti dan toleh belakang pandang.

"Kenapa mesti pulangkan barang yang jungkook bagi?? "Aku pandang lantai.

"Sebab itu bukan milik saya lagi"aku berkata.

"Eunji betulkah awak masih akan teruskan wedding ni?? "Jungkook tanya lagi. Aku angguk lemah. Aku datang dekat kepada jungkook.

"Saya minta maaf jungkook tapi semua yang berlaku kepada saya sebelum ni.. Dah cukup sakit untuk saya.. "Aku pandang jungkook.

"Eunji do you still loving me?? "Aku bulatkan mataku. Aku cepat-cepat pandang lain.

"Ani"aku masih berkeras.

"Awak jeleskan bila saya bersama naeun?? "Jungkook masih nak aku pecah rahsia yang aku pendamkan. Aku pantas menatap wajah jungkook.

고엽 Dead Leaves 1(✔) & 2 /J.J.K / J.E.J (✔)Where stories live. Discover now